Menerangkan Bahawa Sunnah
Hukumnya Apabila Kepada Orang Yang Meminta Izin Ditanyakan: "Siapakah Engkau?
Supaya Mengucapkan "Fulan" Dengan Menyebut Nama Dirinya Yang Mudah Dimaklumi,
Baik Nama Sendiri Atau Nama Kunyahnya Dan Kemakruhannya Mengucapkan: "Saya" Dan
Yang Seumpamanya
871. Dari Anas r.a. dalam Hadisnya yang
masyhur mengenai ceritera isra', katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kemudian
Jibril naik dengan saya ke langit dunia, lalu ia meminta supaya dibukakan pintu.
la lalu ditanya: "Siapakah ini?" la menjawab: "'Jibril." Ditanya: "Siapakah yang
beserta anda?" la menjawab: "Muhammad." Selanjutnya ia naik lagi ke langit yang
kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. la ditanya pada tiap-tiap pintu langit:
"Siapakah ini?" la menjawab: "Jibril." (Muttafaq 'alaih)
872. Dari Abu Zar r.a., katanya: "Saya
keluar pada suatu malam dari beberapa malam, tiba-tiba nampak Rasulullah s.a.w.
sedang berjalan sendirian. Saya terus berjalan di bawah bayangan bulan, lalu
beliau s.a.w. menoleh lalu bertanya: "Siapakah ini?" Saya menjawab: "Abu Zar."
(Muttafaq 'alaih)
873. Dari Ummu Hani' radhiallahu 'anha,
katanya: "Saya mendatangi Nabi s.a.w. dan beliau s.a.w. sedang mandi dan
Fathimah menutupinya, lalu beliau bertanya: "Siapakah ini?" Saya menjawab: Ummu
Hani'. (Muttafaq 'alaih)
874. Dari Jabir r.a., katanya: "Saya
mendatangi Nabi s.a.w. lalu saya mengetuk pintu, kemudian beliau s.a.w.
bertanya: "Siapakah ini?" Lalu saya menjawab: "Saya." Kemudian beliau
mengucapkan: "Saya, saya," seolah-olah beliau membenci jawapan yang sedemikian itu." (Muttafaq 'alaih)
No comments:
Post a Comment