Allah Ta'ala berfirman:
"Hai sekaiian orang-orang yang beriman,
janganlah engkau semua memasuki rumah yang bukan rumahmu sendiri, sehingga
engkau semua meminta izin dan mengucapkan salam kepada ahli rumah itu - yakni
orang-orang yang ada di dalamnya." (an-Nur: 27)
Allah Ta'ala juga berfirman:
Jikalau anak-anakmu itu telah sampai ke umur
dewasa, maka hendaklah mereka meminta izin -jikalau hendak masuk ke
tempat-mu-sebagaimana meminta izinnya orang-orang yang dahulu tadi -yakni
sebagaimana orang-orang dewasa yang Iain-Iain." (an-Nur: 59)
867. Dari Abu Musa r.a., katanya:
"Rasulullah s.a.w. bersabda: "Meminta izin itu sebanyak tiga kali saja. Maka
jikalau diizinkan untukmu - maka masuklah - dan jikalau tidak - yakni meminta
izin sampai tiga kali tetapi tidak ada jawaban, maka kembalilah." (Muttafaq
'alaih)
868. Dari Sahl bin Sa'ad r.a katanya:
"Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hanyasanya meminta izin itu diadakan peraturannya
kerana adanya penglihatan." Maksudnya bahawa melihat keadaan seseorang dari
celah-celah pintu atau dinding dan sebagainya itu dilarang. Oleh kerana itu
hendaklah meminta izin saja, jikalau hendak masuk rumah seseorang iaitu dengan
rnengetuk pintu, menekan bel dan Iain-Iain. (Muttafaq 'alaih)
869. Dari Rib'i bin Hirasy, katanya: "Kami
diberitahu oleh seorang lelaki dari kabilah Bani 'Amir bahawasanya ia meminta
izin kepada Nabi s.a.w. dan beliau itu sedang ada dalam rumah. Kemudian orang
itu berkata: "Adakah saya boleh masuk?" Rasulullah s.a.w. lalu bersabda kepada
pelayannya: "Keluarlah menemui orang ini dan ajarkanlah cara meminta izin
padanya. Katakanlah padanya supaya ia mengucapkan: "Assalamu 'alaikum, adakah
saya boleh masuk?" Orang itu mendengar keterangan beliau s.a.w. lalu
mengucapkan: Assamu 'alaikum, adakah saya boleh masuk." Nabi s.a.w. lalu
memberikan izin kepada orang tadi dan ia pun masuklah." Diriwayatkan oleh Abu
Dawud dengan isnad shahih.
870. Dari Kildah bin al-Hanbal r.a.,
katanya: "Saya mendatangi Nabi s.a.w. lalu saya masuk padanya dan saya tidak
mengucapkan salam, lalu Nabi s.a.w. bersabda: "Kembalilah dan ucapkanlah:
Assalamu 'alaikum. Apakah saya boleh masuk?"
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan
Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
No comments:
Post a Comment