Halaman Terbaru

Monday 4 September 2017

Riyadhus Shalihin Bab 123 & 124 -_- Bolehnya Mengenakan Pakaian Sutera Untuk Orang Yang Berpenyakit Gatal-gatal

807. Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. memberikan kelonggaran kepada az-Zubair dan Abdur Rahman bin 'Auf dalam mengenakan pakaian sutera kerana adanya penyakit gatal-gatal pada kedua orang itu." (Muttafaq 'alaih) 

Riyadhus Shalihin Bab  124

Larangan Duduk Di Atas Kulit Harimau Dan Naik Di Atas Harimau  

808. Dari Mu'awiyah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah engkau semua naik di atas pelana yang terbuat dari sutera dan jangan pula di atas harimau."
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh imam Abu Dawud dan lain-lainnya dengan isnad hasan.  
809. Dari Abilmalih dari ayahnya r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. melarang naik di atas kulit binatang buas."  
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud, Termidzi dan Nasa'i dengan beberapa isnad shahih.  
Dalam riwayat Imam Termidzi disebutkan:  
"Rasulullah s.a.w. melarang pada kulit binatang buas jikalau diduduki."

No comments: