Makruhnya
Duduk Ihtiba' Pada Hari Jum'at Di Waktu Imam Sedang Berkhutbah, Sebab Duduk
Semacam Itu Dapat Menyebabkan Timbulnya mengantuk Lalu Tidak Memerhatikan Lagi
Untuk Mendengarkan Khutbah Dan Pula Ditakutkan Akan Batalnya Wudhu'
1702. Dari Mu'az bin Anas
al-Juhani r.a. bahawasanya Rasulullah melarang dari duduk ihtiba' pada hari
Jum'at, sedang Imam waktu itu berkhutbah." Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud
dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
Keterangan: Ihtiba'
ialah duduk berjongkok sambil membelitkan sesuatu dari pinggang ke lutut
atau tangannya merangkul lutut.
No comments:
Post a Comment