743. Dari Abu Juhaifah iaitu Wahab bin
Abdullah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Saya tidak akan makan
sambil bersandar - muttaki'." (Riwayat Bukhari)
Al-Khaththabi berkata: Almuttaki' di sini ialah orang yang
duduk sambil bersandar pada kasur yang diletakkan di bawahnya." Katanya: "Orang
itu bukannya berkehendak akan duduk di atas kasur atau bantal-bantal seperti
kelakuan orang yang menghendaki untuk memperbanyakkan makanan, tetapi ia duduk
sambil gelisah duduknya dan tidak tenang, juga makannya itu secukupnya belaka.
Inilah yang diucapkan oleh al-Khaththabi.
Selain al-Khaththabi mengisyaratkan bahawasanya muttaki'
ialah orang yang miring duduknya pada lambungnya yang sebelah. Wallahu
a'lam.
744. Dari Anas r.a., katanya: "Saya melihat Rasulullah s.a.w. makan
kurma sambil duduk berjongkok." (Riwayat Muslim)
Almuq'i atau duduk berjongkok
itu ialah merapatkan kedua pantatnya di bumi dan mendirikan kedua
betisnya.
No comments:
Post a Comment