Allah Ta'ala berfirman;
"Dan barangsiapa yang mengagungkan peraturan-peraturan suci dari
Allah, maka itulah setengah dari ketaqwaan hati." (al-Haj:
32)
702. Dari Abu
Hurairah r.a., katanya:
"Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Apabila shalat telah diiqamati - yakni telah dibacakan iqamat, maka
janganlah engkau semua mendatanginya sambil berlari-lari. Tetapi datangilah itu
sambil berjalan dan hendaklah engkau semua selalu bersikap pelan-pelan - tidak
tergesa-gesa kerana takut ketinggalan.
Maka dari itu mana
saja
rakaat yang engkau semua dapati, ikutlah bersembahyang berjamaah sedang yang
terlambat, maka sempurnakanlah - setelah imam bersalam." (Muttafaq
'alaih)
Imam Muslim dalam suatu riwayatnya menambahkan: "Nabi s.a.w.
bersabda: "Sesungguhnya seseorang dari engkau semua itu apabila bersengaja untuk
melakukan shalat, maka ia sudah dianggap dalam bersembahyang - yakni sudah
memperolehi pahala sembahyang
itu."
703. Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma bahawasanya ia bersama
Nabi s.a.w. tiba pada hari Arafah, lalu Nabi s.a.w. mendengar suara gertakan
keras, pukulan serta suara unta, kemudian beliau s.a.w. memberikan isyarat
kepada mereka itu dengan cemetinya dan bersabda:
"Hai sekalian manusia, hendaklah engkau semua itu tetap bersikap
pelan-pelan, kerana sesungguhnya
kebajikan itu bukannya dengan bercepat-cepat."
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan
sebagainya.
No comments:
Post a Comment