Allah Ta'ala berfirman:
"Kemudian mereka digantikan oleh sesuatu angkatan yang meninggalkan
shalat dan memperturutkan keinginan nafsu, maka oleh sebab itu, mereka akan
menemui kebinasaan. Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta beramal
shalih, maka mereka itu akan memasuki syurga dan tidak dianiaya sedikitpun."
(Maryam: 59-60) Allah
Ta'ala berfirman pula:
"Kemudian keluarlah ia
- yakni Qarun - pada
kaumnya dengan perhiasannya - yang indah-indah. Orang yang menghendaki kehidupan
dunia berkata: "Wahai, kiranya kita mempunyai seperti apa yang diberikan kepada
Qarun, sesungguhnya ia mempunyai bahagian keuntungan yang besar - yakni bernasib
baik sekali. Tetapi orang-orang yang dikurniai ilmu pengetahuan berkata: "Celaka
engkau semua itu, pahala dari Allah adalah lebih baik untuk orang yang beriman
dan beramal shalih." (al-Qashash: 79-80)
Juga Allah Ta'ala
berfirman:
"Kemudian pada hari itu
- yakni hari kiamat, nescayalah engkau semua akan ditanya tentang kesenangan -
dunia." (at-Takatsur:
8)
Allah Ta'ala berfirman
lagi:
"Barangsiapa yang
menginginkan kehidupan yang sekarang, maka Kami segerakan - memberikan -
kepadanya apa yang Kami kehendaki, untuk orang yang Kami sukai, kemudian Kami
jadikan untuknya neraka jahannam, ia masuk ke dalamnya dalam keadaan tercela dan
dihalaukan - terusir." (al-lsra': 18)
Ayat-ayat dalam bab ini
banyak sekali dan dapat dimaklumi.
489. Dari
Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Tidak pernah kenyang keluarga Muhammad
s.a.w. itu dari roti gandum selama dua hari terus-menerus, keadaan sedemikian
ini sampai beliau s.a.w. dicabut ruhnya." (Muttafaq 'alaih)
Dalam
riwayat lain disebutkan:
"Tidak
pernah kenyang keluarga Muhammad s.a.w. itu sejak beliau datang di Madinah dari
makanan gandum selama tiga hari berturut-turut, sehingga beliau dicabut ruhnya -
wafat."
490. Dari
Urwah dari Aisyah radhiallahu 'anha, bahawasanya Aisyah pernah berkata: "Demi
Allah, hai anak saudaraku, sesungguhnya kita melihat ke bulan sabit, kemudian
timbul pula bulan sabit, kemudian timbul pula bulan sabit. Jadi tiga bulan sabit
yang bererti dalam dua bulan lamanya, sedang di rumah-rumah keluarga Rasulullah
s.a.w. tidak pernah ada nyala api." Saya - yakni Urwah -berkata: "Hai bibi, maka
apakah yang dapat menghidupkan anda sekalian?" Aisyah radhiallahu 'anha
menjawab: "Dua benda hitam, iaitu kurma dan air belaka, hanya saja Rasulullah
s.a.w. mempunyai beberapa tetangga dari kaum Anshar, mereka itu mempunyai
beberapa ekor unta manihah, [49] lalu mereka kirimkanlah air
susunya itu kepada Rasulullah s.a.w. kemudian memberikan minuman itu kepada
kita." (Muttafaq 'alaih)
491. Dari
Said al-Maqburi dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ia berjalan melalui kaum yang
di hadapan mereka itu ada seekor kambing yang sedang dipanggang. Mereka
memanggilnya, tetapi ia enggan untuk ikut memakannya dan ia berkata: "Rasulullah
s.a.w. keluar dari dunia - yakni wafat - dan tidak pernah kenyang dari roti
gandum." (Riwayat Bukhari)
492. Dari
Anas r.a., katanya: "Nabi s.a.w. itu tidak pernah makan di atas meja sehingga
beliau wafat, juga tidak pernah makan roti yang diperhaluskan buatannya sehingga
beliau wafat." (Riwayat Bukhari)
Dalam
riwayatnya Imam Bukhari yang lain disebutkan: "Juga beliau s.a.w. tidak pernah
melihat kambing yang disamit dengan matanya sama sekali," disamit ertinya
dihilangkan bulu-bulunya lalu dibakar dengan kulitnya sekali. [50]
493. Dari
an-Nu'man bin Basyir radhiallahu 'anhuma, katanya: "Sungguh-sungguh saya pernah
melihat Nabimu semua s.a.w. dan beliau tidak mendapatkan kurma bermutu rendah
pun yang dapat digunakan untuk mengisi perutnya." (Riwayat
Muslim)
Daqal
adalah kurma
yang bermutu rendah.
494. Dari
Sahal bin Sa'ad r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. tidak pernah melihat roti
putih sama sekali sejak beliau di utus oleh Allah Ta'ala sehingga dicabut ruhnya
oleh Allah Ta'ala. Kepada Sahal ini ditanyakan: "Apakah di zaman Rasulullah
s.a.w. itu engkau semua tidak mempunyai alat pengayak?" Ia menjawab: "Rasulullah
s.a.w. tidak pernah melihat alat pengayak itu sejak beliau diutus oleh Allah
Ta'ala sehingga dicabut ruhnya oleh Allah Ta'ala." Kepadanya ditanyakan lagi:
"Bagaimana caranya engkau semua makan gandum kalau tidak diayak?" Ia menjawab:
"Kita semua menumbuknya dan meniupkannya,kemudian berterbanganlah benda-benda
yang dapat terbang daripadanya itu lalu mana yang tertinggal, maka itulah yang
kami basahi untuk dijadikan adukan tepung-untuk membuat roti." (Riwayat
Bukhari)
Ucapannya
Annaqi dengan fathahnya nun dan kasrahnya qaf serta syaddahnya ya' iaitu
roti yang berwarna putih dan itulah yang disebut darmak.
Tsarrainahu dengan tsa' mutsallatsah
kemudian ra' musyaddadah lalu ya' mutsannat di bawahnya, lalu nun, ertinya kita
basahi dan kita jadikan adukan tepung - guna membuat roti.
495. Dari
Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. pada suatu hari atau suatu malam
keluar, kemudian tiba-tiba bertemu dengan Abu Bakar dan Umar radhiallahu
'anhuma, lalu beliau bertanya: "Apakah yang menyebabkan engkau berdua keluar
ini?" Keduanya menjawab: "Kerana lapar ya Rasulullah." Beliau lalu bersabda:
"Ada pun saya, demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaanNya,
nescayalah yang menyebabkan saya keluar ini adalah sesuatu yang juga menyebabkan
engkau berdua keluar itu - yakni sama-sama kerana lapar - Ayuhlah pergi."
Keduanya pergi bersama beliau s.a.w., lalu mendatangi seorang lelaki dari kaum
Anshar, tiba-tiba lelaki itu tidak sedang di rumahnya. Ketika isterinya melihat
Nabi s.a.w., lalu berkata: Marhaban wa ahlan. Selamat datang di rumah ini
dan harap mendapatkan keluarga yang baik. Rasulullah s.a.w. lalu bertanya: "Di
mana Fulan - suamimu?" Isterinya menjawab: "Ia pergi mencari air tawar untuk
kita." Tiba-tiba di saat itu orang Anshar - suaminya itu - datang. Ia melihat
kepada Rasulullah s.a.w. dan kedua orang sahabatnya, kemudian berkata:
"Alhamdulillah. Tiada seorang pun yang pada hari ini mempunyai tamu-tamu yang
lebih mulia daripada saya sendiri. Orang itu lalu pergi kemudian datang lagi
menemui tamu-tamunya itu dengan membawa sebuah batang kurma - berlubang -
berisikan kurma berwarna, kurma kering dan kurma basah. la pun berkata:
"Silakanlah makan." Selanjutnya ia mengambil pisau,lalu Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Jangan menyembelih yang mengandung air susu." Orang Anshar itu lalu
menyembelih untuk tamu-tamunya itu, kemudian mereka makan kambing itu, juga
kurma dari batang kurma tadi serta minum pulalah mereka. Setelah semuanya itu
kenyang dan segar-tidak kehausan-lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demi Zat yang
jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaanNya, nescayalah engkau semua akan ditanya
dari kenikmatan yang engkau semua rasakan ini pada hari
kiamat.
Engkau
semua dikeluarkan dari rumahmu oleh kelaparan. Kemudian engkau semua tidak
kembali sehingga engkau semua memperolehi kenikmatan ini." (Riwayat
Muslim)
Ucapannya
yasta'dzibu ertinya mencari air tawar dan itulah air yang bagus.
Al-'izdqu dengan kasrahnya 'ain dan sukunnya dzal mu'jamah, iaitu batang
atau dahan - kurma dan lain-lain. Almud-yatu dengan dhammahnya mim atau
boleh pula dikasrahkan, iaitu pisau. Alhalub ialah binatang yang
berisikan susu dalam teteknya.
Pertanyaan mengenai
kenikmatan ini adalah pertanyaan tentang banyak jumlahnya kenikmatan, bukan
pertanyaan sebagai olok-olok dan penyiksaan.
Wallahu
a'lam.
Adapun
orang Anshar yang didatangi oleh Rasulullah s.a.w. serta kedua orang sahabatnya
itu ialah Abul Haitsam bin at-Taihan. Demikianlah dalam sebuah Hadis yang
dijelaskan menurut riwayat Tirmidzi dan lain-lain.
496. Dari Khalid bin Umar
al-Adawi, katanya: "Utbah bin Ghazwan berkhutbah kepada kita dan ia adalah
menjabat sebagai gabernor di Bashrah. Ia bertahmid kepada Allah serta memujiNya,
kemudian berkata: "Amma ba'du, sesungguhnya dunia ini sudah memberitahukan akan
kerosakannya dan akan menyingkir dengan cepatnya, maka daripadanya itu tidak
akan tertinggal melainkan sisanya yang sedikit sekali, sebagaimana sisanya wadah
yang dikumpulkan isinya itu oleh pemiliknya. Sesungguhnya engkau semua pasti
berpindah dari dunia ini, ke perumahan yang tidak akan ada lenyapnya -yakni
kekal. Maka dari itu berpindahlah dengan sebaik-baik bekal yang ada padamu
semua. Sesungguhnya saja telah disebutkan kepada kita - oleh Nabi s.a.w. -
bahawa sebuah batu yang dilemparkan dari tepi Jahanam itu lalu jatuh ke dalamnya
sampai selama tujuh puluh tahun, tetapi belum lagi mencapai dasarnya. Demi
Allah, nescayalah Jahanam itu benar-benar akan dipenuhi, adakah engkau semua
hairan tentang itu? Juga nescayalah telah disebutkan kepada kita bahawasanya
antara dua daun pintu dari beberapa daun pintu syurga itu adalah berjarak sejauh
perjalanan empat puluh tahun. Nescayalah pula akan datang terhadap syurga itu
suatu hari bahawa ia menjadi penuh padat kerana sesaknya - yakni berjejal-jejal
orang hendak memasukinya. Saya sendiri telah mengalami bahawa diri saya termasuk
yang ketujuh dari tujuh orang yang menyertai Rasulullah s.a.w., yang kita tidak
memiliki makanan apapun, melainkan daun-daunan pohon, sehingga banyaklah
luka-luka yang timbul di rahang kita, kemudian saya mendapatkan selembar kain,
lalu saya sobeklah kain itu untuk dibahagikan antara saya sendiri dengan Sa'ad
bin Malik, jadi saya bersarung dengan separuh kain itu dan Sa'ad juga bersarung
dengan separuhnya lagi.
Selanjutnya pada hari ini,
seseorang di antara kita berdua itu tidaklah menjabat melainkan sebagai seorang
gabernor dari sebuah daerah dari sekian banyak daerah yang ada. Sesungguhnya
saya mohon perlindungan kepada Allah kalau saya merasa dalam diri sendiri itu
sebagai orang yang agung, sedang di sisi Allah hanyalah kecil belaka." (Riwayat
Muslim)
Ucapannya adzanat,
dengan madnya alif, ertinya memberitahukan. Shurmun dengan dhammahnya
dhad iaitu putus atau lenyap Wallat hadzdzaa dengan ha' muhmalah yang
difathahkan lalu dzal mu'jamah musyaddadah lalu alif mamdudah, ertinya cepat.
Ashshubabah dengan dhammahnya shad muhmalah, ertinya sisa yang sedikit.
Yatashabbuba dengan syaddahnya ba' sebelum ha' ertinya mengumpulkannya.
Alkazhizh, ertinya yang banyak serta penuh padat. Qarihat dengan
fathahnya qaf dan kasrahnya ra', ertinya di tempat itu banyak
luka-lukanya.
497. Dari Abu
Musaal-Asy'ari r.a., katanya: "Aisyah radhiallahu 'anha mengeluarkan untuk kita
- maksudnya agar kita dapat melihatnya - sebuah baju dan sarung kasar, lalu ia
berkata: "Rasulullah s.a.w. dicabut ruhnya sewaktu mengenakan kedua pakaian
ini." (Muttafaq 'alaih)
498. Dari
Sa'ad bin Abu Waqqash r.a., katanya: "Sesungguhnya saya itu nescayalah
pertama-tama orang Arab yang melempar dengan panahnya fi-sabilillah. Kita semua
waktu itu berperang beserta Rasulullah s.a.w. dan kita tidak mempunyai makanan
sedikit pun melainkan daun pohon hublah dan daun pohon samurini, sehingga
seseorang dari kita itu nescayalah mengeluarkan kotoran besar sebagaimana
keadaan kambing kalau mengeluarkan kotoran besarnya dan tidak dapat bercampur
dengan lainnya - yakni bulat-bulat serta kering, kerana tidak ada yang dimakan."
(Muttafaq 'alaih)
Alhublah dengan dhammahnya ha' dan
sukunnya ba' muwah-hadah, juga samur adalah dua macam pohon-pohonan yang
terkenal di daerah badiah yakni tanah Arab bahagian pedalaman.
499. Dari
Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ya
Allah, jadikanlah rezeki keluarga Muhammad ini makanan sekadar menutup
kelaparan." (Muttafaq 'alaih)
Ahli
lughat dan gharib - yakni yang memperbincangkan mufradat dari al-Quran dan
al-Hadis - mengatakan, bahawa ertinya qut ialah sesuatu yang dimakan
untuk menutup sisa hidup.
500. Dari
Abu Hurairah r.a., katanya: "Demi Zat yang tiada Tuhan melainkan Dia,
sesungguhnyaiah bahawa saya menyandarkan hatiku ke bumi kerana kelaparan dan
sesungguhnya pula bahawa saya mengikatkan batu pada perut saya kerana kelaparan.
Sebenarnya saya pernah duduk-duduk pada suatu hari di jalanan orang-orang yang
sama keluar melalui jalanan itu - untuk mencari nafkahnya masing-masing.
Kemudian Nabi s.a.w. berjalan melalui tempat saya dan beliau tersenyum ketika
melihat saya, kerana mengetahui keadaan dan hal-ehwal yang ada dalam wajahku dan
diriku, kemudian beliau bersabda: "Abu Hir." Saya menjawab: "Labbaik ya
Rasulullah." Beliau bersabda lagi: "Mari ikut," dan beliau terus berlalu dan
saya mengikutinya. Selanjutnya beliau masuklah di rumah keluarganya, saya mohon
izin lalu beliau mengizinkan masuk untukku. Saya pun masuklah, di situ beliau
menemukan susu dalam gelas. Beliau bertanya: "Dari manakah susu ini?"
Keluarganya berkata: "Fulan atau Fulanah itu menghadiahkan untuk Tuan." Beliau
bersabda: "Abu Hir." Saya menjawab: "Labbaik ya Rasulullah." Beliau bersabda
pula: "Susullah para ahlush-shuffah, lalu panggillah mereka untuk datang
padaku."
Abu
Hurairah berkata: "Ahlush-shuffah itu adalah merupakan tamu-tamu Islam, kerana
tidak bertempat pada sesuatu keluarga, tidak pula berharta dan tidak berkerabat
pada seseorang pun. Jikalau ada sedekah - zakat - yang datang pada Nabi s.a.w.
lalu sedekah -atau zakat - itu dikirimkan semuanya oleh beliau kepada mereka itu
dan beliau sendiri tidak mengambil sedikitpun daripadanya, tetapi kalau beliau
menerima hadiah, maka dikirimkanlah kepada orang-orang itu dan beliau sendiri
mengambil sebahagian daripadanya. Jadi beliau bersama-sama dengan para
ahlush-shuffah itu untuk menggunakannya."
Perintah
Nabi s.a.w. memanggil ahlush-shuffah itu tidak mengenakkan hati saya dan oleh
sebab itu saya berkata: "Apa hubungannya susu ini untuk diberikan
ahlush-shuffah. Saya adalah lebih berhak untuk memperolehi susu ini dengan
sekali minuman saja, agar saya dapat merasa kuat tubuhku." Kemudian, jikalau
orang-orang itu datang, Nabi s.a.w. tentu menyuruh saya agar saya memberikan itu
kepada mereka. Barangkali tidak akan dapat sampai padaku - yakni bahawa saya
tidak memperolehi bahagian - susu itu, tetapi juga tidak ada jalan lain kecuali
mentaati Allah dan mentaati RasulNya s.a.w. Oleh kerana itu mereka saya datangi
dan saya panggillah semuanya. Mereka menghadap dan meminta izin, lalu Nabi
s.a.w. mengizinkan mereka masuk, juga sama mengambil tempat duduk
sendiri-sendiri dalam rumah.
Beliau
lalu bersabda: "Abu Hir." Saya menjawab: "Labbaik ya Rasulullah." Beliau
bersabda lagi: "Ambillah susu itu dan berikanlah kepada
mereka."
Abu
Hurairah berkata: "Saya lalu mengambil gelas, kemudian saya berikan pada
seseorang dulu. Ia minum sampai kenyang minumnya lalu gelas dikembalikan.
Seterusnya saya berikan kepada yang lain, ia pun minumlah sampai kenyang pula
minumnya, lalu dikembalikanlah gelasnya, sehingga akhirnya sampai giliran saya
memberikan itu kepada Nabi s.a.w., sedang orang-orang ahlush-shuffah itu sudah
puas minum semuanya. Beliau s.a.w. mengambil gelas lalu diletakkan di tangannya,
kemudian beliau melihat saya dan tersenyum, kemudian bersabda: "Abu Hir." Saya
menjawab: "Labbaik ya Rasulullah." Beliau bersabda pula: "Sekarang tinggallah
saya dan engkau - yang belum minum." Saya menjawab: "Benar Tuan, ya Rasulullah."
Beliau bersabda: "Duduklah dan minumlah." Saya pun duduklah lalu saya minum.
Beliau bersabda lagi: "Minumlah lagi." Saya pun minumlah. Beliau tidak
henti-hentinya bersabda: "Minumlah lagi," sehingga saya berkata: "Tidak, demi
Allah yang mengutus Tuan dengan benar, saya sudah tidak mendapatkan jalan lagi
untuk minum itu - ertinya sudah amat kenyang minumnya itu. Setelah itu beliau
bersabda: "Kalau begitu, berikanlah saya gelas itu "Gelaspun saya berikan,
kemudian beliau memuji kepada Allah Ta'ala dan membaca bismillah di permulaan
minumnya lalu beliau minumlah sisanya itu." (Riwayat Bukhari)
501. Dari
Muhammad bin Sirin dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Nescayalah saya pernah
mengalami diriku bahawa saya jatuh tersungkur antara mimbarnya Rasulullah s.a.w.
dengan biliknya Aisyah radhiallahu 'anha sampai tidak sedarkan diri. Kemudian
datanglah padaku seseorang yang datang, lalu ia meletakkan kakinya di atas leher
saya dan ia menyangka bahawa sesungguhnya saya adalah orang gila, padahal saya
tidaklah kejangkitan penyakit gila, tetapi jatuh saya tadi hanyalah kerana
kelaparan." (Riwayat Bukhari)
502. Dari
Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. wafat sedang baju besinya
sedang digadaikan pada seorang Yahudi dengan nilai tiga puluh sha' - gantang -
dari gandum." (Muttafaq 'alaih)
503. Dari
Anas r.a., katanya: "Nabi s.a.w. menggadaikan baju besinya dengan gandum dan
saya berjalan ke tempat Nabi s.a.w. dengan membawa roti gandum dan lemak cair
yang sudah berubah keadaannya. Sungguh-sungguh saya mendengar beliau s.a.w.
bersabda: "Tiada sesuatu pun pada pagi-pagi ini melainkan hanya segantang untuk
para keluarga Muhammad dan tidak ada untuk petang harinya nanti kecuali
segantang pula." Padahal seluruh keluarganya itu adalah sembilan rumah."
(Riwayat Bukhari)
504. Dari
Abu Hurairah r.a., katanya: sungguh-sungguh saya telah melihat tujuh puluh orang
dari golongan ahlush-shuffah -kaum fakir miskin di Madinah, tiada seorang pun di
antara mereka itu yang berselendang. Ada kalanya mengenakan sarung dan ada
kalanya pula baju. Mereka mengikatkan itu pada leher-lehernya.
Di
antaranya ada yang sampai pada separuh kedua betisnya dan di antaranya ada yang
sampai pada kedua mata kakinya, lalu dikumpulkan - kedua belahannya itu - kerana
enggan kalau sampai terlihat auratnya." (Riwayat Bukhari)
505. Dari
Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Hamparan Rasulullah s.a.w. itu terbuat dari
kulit dan isinya adalah sabut." (Riwayat Bukhari)
506. Dari
Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya: "Kita semua duduk-duduk bersama
Rasulullah s.a.w., tiba-tiba datanglah seorang lelaki dari kaum Anshar, lalu ia
memberi salam pada beliau itu. kemudian orang Anshar tadi menyingkir. Rasulullah
s.a.w. bersabda: "Hai saudara kaum Anshar, bagaimanakah keadaan saudaraku
Sa'ad [51] bin Ubadah?" Orang itu
menjawab: "Baik saja." Beliau s.a.w, bersabda lagi: "Siapakah di antara engkau
semua yang meninjaunya?" Kemudian beliau s.a.w. berdiri dan kita pun berdiri
bersamanya dan kita berjumlah sepuluh orang lebih - tiga sampai sembilan. Kita
semua yang pergi itu tidak berterompah, tidak pula bersepatu, bersongkok ataupun
bergamis, sedangkan kita berjalan di tempat yang tandus, hampir tidak ada
tanamannya, sehingga datanglah kita di tempatnya. Kaumnya Sa'ad bin Ubadah lalu
mundur dari sekelilingnya, sehingga mendekatlah Rasulullah serta semua sahabat
yang menyertainya." (Riwayat Muslim)
507. Dari
Imran bin al-Hushain radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w.,
sabdanya:
"Sebaik-baik engkau sekalian
adalah orang-orang yang sekurun - semasa - denganku, kemudian yang mengikutinya
- yang datang sesudahnya - kemudian orang-orang yang mengikutnya." Imran
berkata: "Saya tidak tahu, adakah Nabi s.a.w. mengucapkannya itu dua atau tiga
kali."
Nabi
s.a.w. selanjutnya menyabdakan:
"Kemudian
akan datanglah sesudah mereka itu sesuatu kaum yang menjadi saksi, tetapi tidak
dapat dipercayai kesaksiannya. Mereka juga berkhianat dan tidak dapat dipercayai
amanatnya, demikian pula mereka bernazar, tetapi tidak suka memenuhi nazarnya
dan nampaklah kegemukan dalam tubuh mereka," - yakni gemuk yang disebabkan
kerana terlampau banyak makan, minum dan bersenang-senang dan bukan gemuk kerana
kejadiannya memang gemuk." (Muttafaq 'alaih)
508. Dari
Abu Umamah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Hai anak
Adam, sesungguhnya jikalau engkau memberikan apa-apa yang kelebihan padamu,
sebenarnya hal itu adalah lebih baik untukmu dan jikalau engkau tahan - tidak
engkau berikan siapa pun, maka hal itu adalah menjadikan keburukan untukmu.
Engkau tidak akan tercela kerana adanya kecukupan - maksudnya menurut syariat
engkau tidak akan dianggap salah, jikalau kehidupanmu itu dalam keadaan yang
cukup dan tidak berlebih-lebihan. Lagi pula mulailah - dalam membelanjakan
nafkah - kepada orang yang wajib engkau nafkahi."
Diriwayatkan oleh Imam
Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan
shahih.
509. Dari
Ubaidullah bin Mihshan al-Anshari al-Khathmi r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w.
bersabda:
"Barangsiapa di antara engkau
semua telah merasa aman - dari musuhnya - dalam dirinya, sihat dalam tubuhnya,
memiliki keperluan hidup - makan, minum, ubat dan apa-apa yang diperlukan dalam
kehidupannya - pada hari itu, maka ia telah dikurniai dunia dengan keseluruhan
isinya."
Diriwayatkan oleh Imam
Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
Sirbihi dengan kasrahnya sin muhmalah
ertinya ialah dirinya, ada yang mengatakan bahawa ertinya itu ialah
kaumnya.
510. Dari
Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w.
bersabda:
"Sungguh
berbahagialah orang yang masuk Agama Islam serta diberi rezeki cukup dan diberi
sifat qana'ah - suka menerima -dengan apa-apa yang telah dikurniakan oleh
Allah." (Riwayat Muslim)
511. Dari
Abu Muhammad iaitu Fadhalah bin Ubaid al-Anshari r.a. bahawasanya ia mendengar
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Untung
besarlah kehidupan seseorang yang telah dikurnia petunjuk untuk memasuki Agama
Islam, sedang hidupnya itu adalah dalam keadaan cukup dan pula ia bersifat
qana'ah - menerima."
Diriwayatkan oleh Imam
Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan
shahih.
512. Dari
Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. dalam beberapa malam
yang berturut-turut itu bermalam dalam keadaan terlipat - maksudnya terlipat
perutnya kerana lapar, sedang para keluarganya tidak mendapatkan sesuatu untuk
makan malam, juga sebahagian banyak roti yang dimakan itu adalah roti terbuat
dari gandum."
Diriwayatkan oleh Imam
Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan
shahih.
513. Dari
Fadhalah bin Ubaid r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. itu apabila bersembahyang
dengan para manusia, maka ada beberapa orang lelaki yang jatuh tersungkur dari
berdiri mereka itu ketika dalam shalatnya, disebabkan kerana kefakiran yang
sangat -yakni kerana sangatnya kelaparan sehingga tidak kuat berdiri. Mereka itu
adalah ahlush-shuffah, sehingga orang A'rab - orang-orang Arab dari pedalaman -
mengatakan bahawa mereka itu adalah orang-orang gila. Kemudian apabila
Rasulullah s.a.w. telah selesai bersembahyang, lalu menghadap ke arah mereka itu
dan berkata: "Andaikata engkau semua mengetahui apa yang disediakan untukmu
semua di sisi Allah Ta'ala, nescayalah engkau semua senang kalau engkau semua
bertambah kefakiran dan hajatnya - dari sekarang ini.
Diriwayatkan oleh Imam
Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis shahih.
Alkhashashah ialah kekurangan dan
kelaparan yang sangat.
514. Dari
Abu Karimah, iaitu al-Miqdad bin Ma'dikariba r.a., katanya: "Saya mendengar
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidaklah
seseorang memenuhi sesuatu wadah yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah
sebenarnya seseorang itu makan beberapa suapan yang dapat mendirikan -
menguatkan -tulang rusuknya. Maka jikalau makanan itu harus diisikannya, maka
sepertiga hendaklah untuk makanannya dan sepertiga untuk minumannya dan
sepertiga lagi untuk pernafasannya."
Diriwayatkan oleh Imam
Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan
shahih.
515. Dari
Abu Umamah, iaitu lyas bin Tsa'laba al-Anshari al-Harits r.a., katanya: "Para
sahabat Rasulullah s.a.w. pada suatu hari menyebut-nyebutkan di sisi beliau itu
tentang hal dunia - yakni perihal kesenangan, kekayaan dan lain-lain. Kemudian
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidakkah engkau semua mendengar, tidakkah engkau
semua mendengar bahawa badzadzah itu termasuk keimanan, bahawa
badzadzah itu termasuk keimanan." Yakni taqahhul. (Riwayat Abu
Dawud)
Albadzadzah dengan ba' muwahhadah dan dua
dzal yang mu'jamah ertinya ialah keadaan yang serba kusut dan meninggalkan
pakaian yang indah-indah. Adapun taqahhul, dengan qaf dan ha' maka para
ahli Lughat mengatakan bahawa orang yang bertaqahhul ialah orang yang
kering kulitnya kerana keadaan hidupnya yang serba kasar dan meninggalkan
kemewahan - dalam segala hal.
516. Dari
Abu Abdillah bin Jabir bin Abdullah radhiallahu 'anhuma, katanya: "Kita
dikirimkan oleh Rasulullah s.a.w. - ke medan peperangan - dan mengangkat Abu
Ubaidah r.a. sebagai amir - panglima - untuk memimpin kita, guna menemui kafilah
orang-orang Quraisy. Kita semua membawa bekal sebuah tempat berisi kurma dan
kita tidak menemukan selain itu. Abu Ubaidah memberikan kita sekurma demi
sekurma. Kepada kita ditanyakan - oleh orang lain: "Bagaimanakah engkau semua
berbuat dengan sebiji kurma itu." Jawabnya: "Kita mengisapnya sebagaimana
seorang anak bayi mengisap tetek. Kemudian kita minum air setelah itu. Keadaan
sedemikian ini mencukupi kita untuk sehari itu sampai malam. Kita juga memukul
daun-daunan dengan tongkat-tongkat kita, lalu kita basahi dengan air, kemudian
kita makanlah itu. Seterusnya kita berangkat ke pantai laut, lalu tampaklah di
atas kita di pantai laut tadi, seolah-olah seperti tumpukan pasir yang besar,
lalu kita pun mendatanginya. Tiba-tiba yang nampak itu adalah seekor binatang
yang dinamakan ikan lodan - hiu. Abu Ubaidah lalu berkata: "Bangkai," kemudian
ia berkata lagi: "Oh tidak - maksud-nya tidak haram diambil dagingnya untuk
dimakan. Bahkan kita ini adalah utusan-utusan dari Rasulullah s.a.w. dan dalam
berjuang fisabilillah. Engkau semua adalah dalam keadaan terpaksa. Maka dari itu
makanlah olehmu semua." Kita semua berdiam – sambil makan ikan tersebut - dalam
waktu sebulan lamanya dan jumlah kita seluruhnya adalah tiga ratus orang,
sehingga kita semua pun menjadi gemuklah. Nescayalah saya melihat bahawa kita
semua menceduk dari lubang matanya itu dengan beberapa gayung akan minyaknya dan
kita memotong daripadanya itu beberapa potongan daging sebesar lembu atau sekira
selembu-selembu besarnya. Sungguh-sungguh Abu Ubaidah menyuruh seseorang dari
kita sebanyak tiga belas orang, diperintah olehnya supaya duduk dalam lubang
matanya dan supaya mengambil tulang rusuknya, lalu ditegakkan dan dimuatkan pada
unta yang terbesar yang ada beserta kita. Ia berjalan di bawahnya. Kita juga
mengambil bekal dari dagingnya yang telah dikeringkan - dijadikan
dendeng.
Setelah
kita semua datang di Madinah, kita mendatangi Rasulullah s.a.w., lalu kita
ceriterakanlah hal itu kepada beliau, lalu beliau bersabda: "Itu adalah rezeki
yang dikeluarkan oleh Allah untukmu semua. Adakah engkau semua membawa sedikit
dagingnya, supaya dapat memberikan sedekahnya untuk makanan kita?" Kita semua
mengirimkan kepada Rasulullah s.a.w. sebahagian dagingnya itu, kemudian beliau
s.a.w. memakannya." (Riwayat Muslim)
Aljirab ialah wadah dari kulit yang
sudah dapat dimaklumi. Lafaz ini dibaca dengan kasrahnya jim atau boleh pula
dengan fathahnya, tetapi dengan kasrah adalah lebih fashih. Namashshuha
dengan fathahnya mim. Alkhabath ialah daun-daunan dari pohon yang
dikenal dan dimakan oleh unta. Alkatsib ialah timbunan dari pasir.
Alwaqbu dengan fathahnya wawu dan saknahnya qaf dan sesudahnya itu ialah
ba' muwahhadah, ialah lubang mata. Alqilal ialah gayung. Aifidar
dengan kasrahnya fa' dan fathahnya dal iaitu beberapa potong. Rahala
ba'ira iaitu memberikan beban pada unta. Alwasyaiq dengan syin
mu'jamah dan qaf ialah daging yang dipotong-potong untuk
dikeringkan.
Wallahu
a'lam.
517. Dari
Asma' binti Yazid radhiallahu 'anhuma, katanya: "Hujung lengan baju gamisnya
Rasulullah s.a.w. itu adalah sampai di pergelangan tangan."
Diriwayatkan oleh Imam
Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan
shahih.
Arush-ghu dengan menggunakan shad dan
Arrus-ghu dengan menggunakan sin, juga boleh, ertinya ialah pergelangan
antara tapak tangan dengan lengan tangan bahagian bawah.
518. Dari
Jabir r.a., katanya: "Sesungguhnya kita semua pada hari khandak - menggali tanah
untuk perlindungan diri sebelum timbulnya peperangan dan peperangan di waktu itu
disebut perang khandak, ertinya parit, kita semua menggali. Kemudian pada
penggalian itu terhalang oleh adanya gumpalan tanah yang keras. Para sahabat
satna mendatangi Nabi s.a.w., lalu berkata: "Tanah keras ini menghalang-halangi
untuk kelanjutan penggalian parit." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Saya akan
turun." Selanjutnya beliau s.a.w. terus berdiri, sedang perut beliau itu diikat
di situ dengan sebuah batu - kerana kelaparan. Kita semua memang sudah selama
tiga hari itu tidak merasakan rasa makanan apa pun. Nabi s.a.w. lalu mengambil
cangkul, terus memukulnya, maka kembalilah tanah keras itu bagaikan tumpukan
pasir yang hancur-lebur. Kemudian saya berkata: "Ya Rasulullah, berilah saya
izin untuk pulang ke rumah." Seterusnya saya lalu berkata kepada isteriku: "Saya
telah melihat sesuatu dalam diri Nabi s.a.w. - yakni pengganjalan perut dengan
batu itu - yang tidak dapat disabarkan lagi. Maka adakah engkau mempunyai
sesuatu - yang dapat dimakan?" Isterinya menjawab: "Saya mempunyai gandum dan
kambing betina. Kambing itu lalu saya sembelih,sedang isteriku menumbuk gandum,
sehingga dagingnya itu kita letakkan dalam periuk. Kemudian saya mendatangi Nabi
s.a.w., sedangkan adukan makanan itu telah pecah - yakni sudah lumat dan halus -
dan kuali yang ada di antara batu-batu itu telah hampir masak isinya. Saya
berkata kepada beliau s.a.w.: "Saya mempunyai sedikit makanan ya Rasulullah,
maka dari itu silakan Tuan berdiri - yakni pergi ke tempat saya - bersama
seorang atau dua orang saja. Beliau bertanya: "Berapa banyaknya itu?" Saya
menyebutkan sebagaimana adanya - yakni kambing dengan gandum yang cukup untuk
beberapa orang saja. Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Banyak itu dan enak sekali,
Katakanlah kepada isterimu, janganlah diangkat dulu periuknya, juga jangan pula
diambil roti itu dari dapur, sehingga saya datang nanti." Seterusnya beliau
s.a.w. bersabda: "Berdirilah engkau semua," maka berdirilah semua kaum Muhajirin
dan Anshar - yang ikut membuat parit. Saya masuk kepada isteriku lalu saya
berkata: "Celaka ini. Nabi s.a.w. datang dengan semua kaum Muhajirin dan Anshar,
jadi semua yang menyertainya." Isterinya berkata: "Adakah beliau menanyakan
banyaknya makanan?" Saya berkata: "Ya." [52]
Seterusnya Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Masuklah engkau sekalian dan jangan berebut-rebut." Beliau s.a.w.
mulai memotong roti dan diberikanlah pula di situ dagingnya dan selalu menutupi
periuk dan dapur itu apabila beliau mengambil daripadanya dan mendekatkan kepada
sahabat-sahabatnya itu, kemudian ditariklah kualinya itu -sesudah diambilkan
isinya. Tidak henti-hentinya beliau s.a.w. memotong roti itu dan menciduk kuah
sehingga sekalian sahabatnya itu kenyang semua dan masih ada pula sisanya dalam
kuali. Kemudian beliau s.a.w. bersabda: "Makanlah ini dan berikanlah hadiah -
kepada orang-orang lain seperti tetangga, sebab sesungguhnya para manusia itu
terkena bencana kelaparan. (Muttafaq 'alaih)
Dalam
riwayat lain disebutkan: Jabir berkata: "Ketika parit digali, maka saya melihat
adalah kelaparan yang sangat dalam diri Nabi s.a.w. Lalu saya kembali ke tempat
isteriku dan saya berkata: "Adakah engkau mempunyai sesuatu yang dapat dimakan?"
kerana sesungguhnya saya melihat adanya kelaparan yang sangat dalam diri
Rasulullah s.a.w." Isteriku lalu mengeluarkan sebuah wadah yang di dalamnya ada
segantang gandum, sedang kita juga mempunyai seekor binatang kambing kecil yang
telah lulut. Binatang itu lalu saya sembelih dan isteriku menumbuk gandum.
Isteriku telah selesai pekerjaannya sebagaimana saya pun selesai pula, lalu saya
potonglah dalam kualinya, kemudian saya kembali menuju ke tempat Rasulullah
s.a.w. Isteriku berkata: "Jangan engkau membuat aku nampak celaku, sebab hanya
mempunyai makanan sedikit dan ini menunjukkan kemiskinannya - kepada Rasulullah
s.a.w. dan orang-orang yang menyertainya nanti." Selanjutnya saya lalu
mendatangi Nabi s.a.w. dan saya membisikinya. Saya berkata: "Ya Rasulullah, kita
menyembelih seekor kambing kecil untuk makanan kita dan saya juga telah menumbuk
segantang gandum. Maka dari itu, silakan Tuan datang di tempat saya bersama
beberapa orang saja yang akan menyertai Tuan." Tiba-tiba Nabi s.a.w. berteriak
dan bersabda: "Hai sekalian penggali parit, sesungguhnya Jabir telah membuat
sesuatu hidangan yang akan dihidangkan kepada kita. Maka marilah kita semua ke
rumahnya." Kemudian Nabi s.a.w. bersabda - kepada -Jabir: "Janganlah sekali-kali
engkau turunkan kualimu dan jangan pula dijadikan roti dulu adukan gandummu itu,
sehingga saya datang." Saya datang ke rumah dan Nabi s.a.w. juga datang sambil
menyuruh orang-orang banyak datang pula ke situ. Begitulah saya akhirnya datang
di tempat isteriku. Isteriku berkata: "Bagaimana engkau ini, bagaimana engkau
ini," maksudnya isterinya itu menyalahkan suaminya, mengapa membawa orang-orang
sebanyak itu. Saya berkata: "Saya telah mengerjakan semua yang engkau katakan."
Isteriku lalu mengeluarkan adukan gandum kita, lalu Nabi s.a.w. berludah di
dalamnya dan mendoakan keberkahannya, kemudian menuju ke tempat kuah kita, lalu
berludah pula di situ dan juga mendoakan keberkahannya, kemudian bersabda:
"Panggillah seorang tukang membuat roti, supaya ia dapat menolong membuat roti
bersamamu - dan yang disuruh ini adalah isteri Jabir -dan pula ceduklah dari
kualimu, tetapi janganlah kuali itu diturunkan." Orang-orang yang datang di saat
itu adalah sebanyak seribu orang. Saya bersumpah dengan nama Allah, nescayalah
orang-orang itu semuanya dapat makan, sehingga mereka meninggalkannya dan pergi
dari rumah saya itu, sedang sesungguhnya kuali kita masih tetap berbunyi kerana
isinya yang mendidih sebagaimana tadinya -sebelum diambil isinya oleh
orang-orang banyak, juga sesungguhnya adukan roti kita masih tetap menjadi roti
- sebanyak asalnya."
Ucapannya: Aradhat
kud-yatun, dengan dhammahnya kaf dan sukunnya dal dan dengan ya' yang
mutsannat di bawahnya, ertinya ialah segumpal tanah yang keras dan tebal yang
tidak dapat dicairkan oleh kapak. Atkatsib asalnya ialah tumpukan pasir
dan yang dimaksudkan di sini ialah telah menjadi tanah yang halus, itulah
ertinya lafaz ah-yala. At-atsafiyyu ialah batu-batu yang di atasnya itu
diletakkan kuali untuk memasak. Tadhaghatbu ertinya berjejal-jejalan.
Almaja'ah ialah kelaparan, dengan fathahnya mim. Al-khamash dengan
fathahnya kha' mu'jamah dan mim, ertinya ialah lapar. Inkafa'tu ertinya
saya balik dan kembali. Albuhaimah dengan dhammahnya ba' adalah
tash-ghirnya lafaz bahmah, iaitu kambing betina, yakni al'anaq dengan
fathahnya 'ain. Addajin iaitu binatang yang sudah lulut di rumah.
Assur ialah makanan yang diundanglah untuk memakannya itu beberapa orang
dan kata ini adalah dari bahasa Parsi - Iran. Hayyahalan ertinya
marilah.
Ucapannya
bika wa bika ertinya bahawa isterinya itu membantah suaminya serta
memakinya kerana ia meyakinkan bahawa makanan yang dimilikinya itu tentu tidak
cukup untuk orang-orang sebanyak itu. Jadi wanita itu merasa malu dan agaknya
tersamarlah untuknya apa yang dijadikan kemuliaan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala
kepada NabiNya s.a.w. dari mu'jizat yang nyata dan pertanda yang jelas itu.
Basaqa sama dengan basbaqa atau bazaqa yakni meludah dan
ini ada tiga lughatnya, amada dengan fathahnya mim yakni sengaja atau
bermaksud Iqdabl ertinya ciduklah,sedang atmiqdahab ertinya ceduk
atau gayung, tagbitbtbu ertinya bahawa kerana mendidihnya itu keluarlah
suaranya.
Wallahu
a'lam.
519. Dari Anas r.a.,
katanya: "Abu Thalhah berkata kepada Ummu Sulaim: "Saya mendengar suara
Rasulullah s.a.w. itu lemah sekali dan saya mengetahui bahawa beliau adalah
dalam keadaan lapar. Maka dari itu, apakah engkau tidak mempunyai sesuatu untuk
dimakan?" Ummu Sulaim lalu mengeluarkan beberapa bulatan dari gandum, kemudian
ia mengambil kerudungnya, kemudian ia melipatkan roti dengan sebahagian kerudung
tadi, lalu memasukkannya di bawah bajuku dan mengembalikannya padaku dengan
sebahagian lagi - maksudnya bahawa Ummu Sulaim itu melipat roti dengan
sebahagian kerudung dan dengan sebahagiannya lagi dilipatkan untuk Anas.
Seterusnya Ummu Sulaim menyuruh saya - Anas - untuk menemui Rasulullah s.a.w.,
lalu saya pergi dan saya menemui Rasulullah s.a.w. sedang duduk di dalam masjid
disertai oleh orang-orang banyak. Seterusnya lalu saya berdiri di muka
orang-orang itu, kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adakah engkau diutus oleh
Abu Thalhah." Saya menjawab: "Ya." Beliau bersabda lagi: "Apakah untuk sesuatu
makanan?" Saya menjawab: "Ya." Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda kepada
sahabat-sahabatnya yang ada di masjid: "Berdirilah engkau semua dan
berangkatlah." Saya juga berangkat mengikuti mereka itu, sehingga datanglah saya
kepada Abu Thalhah, lalu saya memberitahukan padanya - bahawa Nabi s.a.w.
mengajak orang banyak. Abu Thalhah berkata: "Hai Ummu Sulaim.
Rasulullah s.a.w. telah datang dengan orang-orang banyak, sedangkan kita tidak
mempunyai sesuatu untuk memberi makanan kepada mereka semuanya itu." Isterinya
berkata: "Allah dan RasulNya adalah lebih mengetahui itu." Abu Thalhah lalu
berangkat sehingga bertemu dengan Rasulullah s.a.w., kemudian berhadapanlah
Rasulullah s.a.w. dengannya sehingga keduanya itu masuk rumah. Selanjutnya
Rasulullah bersabda: "Bawa saya kemari apa yang engkau punyai, hai Ummu Sulaim."
Wanita itu datang dengan roti tersebut di atas, lalu Rasulullah s.a.w. menyuruh
supaya dipotong-potongkan dan Ummu Sulaim memeraskan di atas roti itu suatu
tempat berisi samin, maka itulah yang merupakan lauknya. Kemudian Rasulullah
s.a.w. bersabda sekehendak yang beliau sabdakan, selanjutnya lalu bersabda pula:
"Izinkanlah masuk sepuluh orang." Orang sepuluh itu diizinkan masuk lalu mereka
semuanya makan sehingga kenyang, lalu keluarlah setelah itu. Seterusnya beliau
bersabda lagi: "Izinkanlah masuk sepuluh orang lagi." Orang sepuluh itu
diizinkan lalu mereka makan sehingga kenyang kemudian keluarlah mereka itu pula.
Beliau s.a.w. bersabda lagi: "Izinkanlah masuk sepuluh orang lagi." Demikianlah
sehingga seluruh kaum - yakni yang menyertai Nabi s.a.w. dari masjid - dapat
makan sehingga kenyang semuanya, sedangkan jumlah kaum itu ada tujuh puluh atau
delapan puluh orang." (Muttafaq 'alaih)
Dalam
riwayat lain disebutkan: "Maka tidak henti-hentinya beliau s.a.w. memasukkan
sepuluh orang dan mengeluarkan sepuluh orang, sehingga tidak seorang pun yang
tertinggal, melainkan ia tentu telah makan sehingga kenyang, kemudian
dikumpulkanlah kelebihan makanan itu, tetapi tiba-tiba banyaknya makanan
tersebut adalah sama seperti keadaan ketika orang-orang banyak belum makan
daripadanya itu."
Dalam
riwayat lain disebutkan pula: "Maka makanlah orang-orang itu sepuluh orang demi
sepuluh orang, sehingga yang sedemikian itu dilaksanakan untuk sebanyak lapan
puluh orang. Kemudian Nabi s.a.w. makanlah setelah orang-orang itu semuanya,
juga semua keluarga rumah dan mereka masih meninggalkan sisa
pula."
Dalam
riwayat lain lagi dikatakan: "Kemudian mereka masih meninggalkan sisa yang cukup
untuk disampaikan kepada tetangganya."
Dalam
riwayat lainnya lagi dikatakan:
Dari Anas
r.a., katanya: "Saya datang kepada Rasulullah s.a.w. pada suatu hari, kemudian
saya menemui beliau s.a.w. itu sedang duduk dengan sahabat-sahabatnya dan di
perutnya diikatkanlah dengan suatu ikatan - seperti batu dan lain-lain untuk
menahan lapar. Lalu saya bertanya kepada salah seorang sahabatnya: "Mengapa
Rasulullah s.a.w. mengikat perutnya." Orang-orang sama berkata: "Kerana lapar."
Oleh sebab itu saya lalu pergi kepada Abu Thalhah, iaitu suaminya Ummu Sulaim
binti Milhan, kemudian saya berkata: "Aduh bapa, saya sungguh-sungguh telah
melihat Rasulullah s.a.w. mengikat perutnya dengan suatu ikatan, lalu saya
bertanya kepada sebahagian sahabat-sahabatnya dan mereka mengatakan bahawa hal
itu kerana beliau lapar." Abu Thalhah lalu masuk menemui ibuku - yakni Ummu
Sulaim, kemudian bertanya: "Adakah sesuatu - yang dapat dimakan?" Ummu Sulaim
menjawab: "Ya, ada. Saya mempunyai beberapa potong roti dan beberapa buah kurma.
Jika Rasulullah s.a.w. datang ke tempat kita sendirian, tentu dapatlah kita
mengenyangkan beliau itu, tetapi jikalau beliau datang dengan disertai orang
lain, maka makanan kita terlampau sedikit untuk dimakan orang-orang itu."
Seterusnya Anas menyebutkan kelengkapan Hadis ini.
[49] Mengenai pengertian apa yang disebul unta "manihah", harap dilihat
dalam Hadis no. 138
[51]
Sahabat Sa'ad bin Mu'az
al-Anshari, yakni dari golongan kaum Anshar r.a. ini adalah pemimpin atau kepala
suku atau kabilah Aus. Nama kun-yahnya ialah Abu 'Amr. Dialah yang tercantumkan
dalam sebuah Hadis shahih yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.,
yaitu:
"Arasynya Allah yang Maha
Pengasih telah bergoncang dengan sebab kematian Sa'ad bin
Mu'az."
Dalam hal ini ada beberapa
ahli syair yang menggubahnya,di antaranya ialah yang
berbunyi:
Tiada bergoncanglah arasy
Allah sebab kematian seseorang yang meninggal
dunia.
Yang pernah kita dengar
perihal itu, melainkan sebab kematian Sa'ad yaitu Abu
'Amr.
Demikianlah yang dapat
dikutip dari hamisy alau pinggir sebagian naskah asli, diturun dari tulisan yang
mulia Imam Nawawi sendiri, penyusun kitab ini rahimahul Laahu Ta'ala (Semoga
Allah Ta'ala mengaruniakan kerahmatan kepadanya).
[52] Dalam riwayat lain disebutkan
bahwa setelah Jabir r.a. berkata: "Ya," yang maksudnya Nabi s.a.w. telah
diberitahu bahwa makanan yang dapat disediakan itu hanya cukup untuk seorang dua
orang saja. Tetapi tiba-tiba yang diajak beliau s.a.w., adalah semua sahabat
Muhajirin dan Anshar yang semuanya dalam keadaan lapar. Isterinya lalu berkata:
"Kalau begitu, Allah dan RasulNya adalah lebih mengetahui. Kita telah
memberitahukan apa yang dapat kita sediakan." Dengan kata-kata isterinya,
kesedihan Jabir r.a. yang sangat itu menjadi
lapang.
No comments:
Post a Comment