Haramnya Mempersambungkan Dalam Berpuasa Yaitu Berpuasa Dua Hari Atau
Lebih Dan Tidak Makan Serta Tidak Minum Antara Hari-hari Itu
1761.
Dari Abu Hurairah dan Aisyah radhiallahu 'anhuma bahawasanya Nabi s.a.w.
melarang puasa wishal - iaitu mempersambungkan puasa dua hari atau lebih
tanpa berbuka sedikit pun. (Muttafaq 'alaih)
1762.
Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. melarang
berpuasa wishal - lihat keterangan wishal dalam Hadis
1761.
Para sahabat lalu bertanya: "Tetapi sesungguhnya Tuan sendiri juga berpuasa
wishal?" Beliau s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya saya ini tidak sama denganmu
semua -dalam hal berpuasa wishal ini. Sesungguhnya saya juga diberi makan dan
diberi minum." Maksudnya Allah Ta'ala memberi kekuatan kepada beliau s.a.w. itu
seperti orang yang sudah makan dan minum. (Muttafaq 'alaih) Ini adalah lafaznya
Imam Bukhari
No comments:
Post a Comment