Haramnya Berjalan Melalui Mukanya
Orang Yang Bersembahyang
1755. Dari Abul Juhaim iaitu
Abdullah bin al-Harits bin as-Shimmah al Anshari r.a., katanya: "Rasulullah
s.a.w. bersabda: "Andaikata seseorang yang berjalan melalui muka orang yang
bersembahyang itu mengetahui perihal betapa besarnya dosa yang ditanggung
olehnya, nescayalah ia akan suka berdiri menantikannya selama empat puluh, yang
itu adalah lebih baik baginya daripada berjalan melalui muka orang yang
bersembahyang tadi." Yang meriwayatkan Hadis ini berkata: "Saya tidak mengerti,
apakah yang dimaksudkan itu empat puluh hari atau empat puluh bulan ataukah
empat puluh tahun." (Muttafaq 'alaih)
No comments:
Post a Comment