907. Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma
bahawasanya Ali bin Abu Thalib r.a. keluar dari sisi Rasulullah s.a.w. di waktu
sakit beliau s.a.w. yang menyebabkan kematiannya, lalu orang-orang sama
bertanya: "Hai Abulhasan - Pak Hasan, sebab Ali r.a. mempunyai anak yang namanya
al-Hasan, bagaimanakah keadaan Rasulullah s.a.w.?" Kemudian Ali r.a. menjawab:
"Beliau sembuh dengan puji-pujian Allah." Ali r.a. selalu ditanya, sebab memang
keluarganya iaitu sebagai saudara sepupu dan pula menjadi menantu beliau s.a.w.
Ada pun ucapannya: "sembuh" itu hanyalah menurut perkiraannya sendiri saja dan
pula untuk menggembirakan hati para sahabat, padahal sebenarnya itulah sakit
yang membawa kematian beliau s.a.w. (Riwayat Bukhari)
No comments:
Post a Comment