Haramnya Kita Memulai
Bersalam Kepada Orang-orang Kafir Dan Caranya Menjawab Salam Kepada Mereka Dan
Sunnahnya Mengucapkan Salam Kepada Orang-orang Yang Ada Di Dalam Majlis Yang Di
Antara Mereka Ada Kaum Muslimin Dan Kaum Kafirin
863. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah memulai mengucapkan salam kepada orang
Yahudi dan jangan pula kepada orang Nasrani. Maka jikalau engkau semua bertemu
dengan salah seorang di antara mereka itu - yakni orang Yahudi atau Nasrani-
pada suatu jalanan, maka paksakanlah kepada mereka itu untuk melalui yang
tersempit dari jalan itu." (Riwayat Muslim)
864. Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah
s.a.w. bersabda: "Jikalau ada golongan ahlulkitab - iaitu orang Yahudi atau
Nasrani - memberi salam kepadamu semua, maka ucapkanlah: Wa'alaikum." (Muttafaq
'alaih)
865. Dari Usamah r.a. bahawasanya Nabi
s.a.w. berjalan melalui suatu majlis - pertemuan, yang di dalamnya terdapat
berbagai campuran antara kaum Muslimin dan kaum musyrikin iaitu para penyembah
berhala dan ada pula orang Yahudi, lalu Nabi s.a.w. memberikan salam kepada
mereka." (Muttafaq 'alaih)
No comments:
Post a Comment