811. Dari al-Bara' bin 'Azib radhiallahu
'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. itu apabila menempatkan diri pada tempat
tidurnya, maka beliau tidur atas belahan tubuhnya yang sebelah kanan, lalu
mengucapkan - yang ertinya:
"Ya Allah, saya menyerahkan jiwaku padaMu,
saya hadapkan wajahku padaMu, saya aturkan urusanku padaMu, saya tempatkan
punggungku padaMu. Demikian itu adalah kerana kecintaan serta ketakutanku
padaMu. Tiada tempat berdiam dan tiada pula tempat menyelamatkan diri
daripadaMu, melainkan kepadaMu. Saya beriman kepada kitab yang Engkau turunkan
serta kepada Nabi yang Engkau utus."
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dengan lafaz
ini dalam kitab al-Adab dari kitab shahihnya.
812. Dari al-Bara' bin 'Azib r.a. pula,
katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku:
"jikalau engkau mendatangi tempat tidurmu,
maka berwudhu'-lah dulu sebagaimana wudhu'mu untuk bersembahyang, kemudian
berbaringlah pada belahan tubuhmu sebelah kanan dan ucapkan sebagaimana di
atas-yakni yang meriwayatkan Hadis ini menyebutkan seperti yang tertera dalam
Hadis 811 - dan di situ ditambah: Beliau s.a.w. bersabda: "Jadikanlah ucapan di
atas itu sebagai kalimat-kalimat yang terakhir sekali engkau ucapkan -sebelum
tidur itu." (Muttafaq 'alaih)
813. Dari Aisyah radhiallahu 'anha, katanya:
"Nabi s.a.w. itu bersembahyang dari sebahagian waktu malam sebanyak sebelas
rakaat. Kemudian apabila fajar telah menyingsing, beliau s.a.w. bersembahyang
dua rakaat yang ringan sekali, kemudian beliau berbaring atas belahan tubuhnya
yang sebelah kanan, sehingga juru azan .datang lalu ia memberitahukan pada
beliau - tentang sudah berkumpulnya para manusia yang hendak bersembahyang subuh
dengan berjamaah." (Muttafaq 'alaih)
814. Dari Hudzaifah r.a., katanya: "Nabi
s.a.w. itu apabila mengambil tempat tidurnya di waktu malam, beliau meletakkan
tangannya di bawah pipinya lalu mengucapkan - yang ertinya: "Ya Allah, dengan
namaMulah saya mati dan hidup," dan apabila beliau bangun, lalu mengucapkan -
yang ertinya:
"Segenap puji bagi Allah yang memberikan
kehidupan kepada kita sesudah mematikan kita dan kepadaNya tempat kembali."
(Riwayat Bukhari)
815. Dari Ya'isy bin Tikhfah al-Ghifari
radhiallahu 'anhuma, katanya:
"Ayahku berkata: Pada suatu ketika saya
berbaring dalam masjid atas perutku, tiba-tiba ada seorang lelaki yang
menggerak-gerakkan saya dengan kakinya, lalu berkata: "Sesungguhnya cara tidur
yang sedemikian ini adalah cara berbaring yang dibenci oleh Allah."
Ayahku berkata: "Kemudian saya melihat orang
itu, tiba-tiba ia adalah Rasulullah s.a.w."
Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan
isnad shahih.
816. Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah
s.a.w., katanya: "Barangsiapa yang duduk di suatu tempat duduk dan ia tidak
berzikir kepada Allah Ta'ala dalam duduknya itu, maka atas orang itu ada
kekurangan dari Allah dan barangsiapa yang berbaring di suatu tempat pembaringan
dan ia tidak berzikir kepada Allah Ta'ala dalam berbaringnya itu, maka atas
orang itu ada kekurangan dari Allah."
Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan
isnad hasan.
Attirah dengan kasrahnya (a' mutsannat di
atas, ertinya ialah kekurangan, ada yang mengatakan tuntutan kerana
penganiayaan.
No comments:
Post a Comment