810. Dari Abu Said al-Khudri r.a., katanya:
"Rasulullah s.a.w. itu apabila mengenakan pakaian baru, maka beliau memberikan
nama dengan nama yang dikhususkan untuknya, baikpun berupa sorban, gamis atau
pun selendang. Beliau s.a.w. sesudah mengenakannya itu lalu mengucap - yang
ertinya:
"Ya Allah, segenap puji adalah bagiMu.
Engkau telah memberikan pakaian ini padaku. Saya memohonkan akan kebaikan
pakaian ini dan kebaikan sesuatu yang dibuat untuk pakaian ini serta saya mohon
perlindungan padaMu dari keburukan pakaian ini dan keburukan sesuatu yang dibuat
untuk pakaian ini."
Diriwayatkan Imam-Imam Abu Dawud dan
Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
Rhiyadus shalihin bab 126
Sunnahnya Memulai Pada
Anggota Kanan Dalam Mengenakan Pakaian
Bab ini sudah terdahulu maksud huraiannya
dan telah kami sebutkan beberapa Hadis shahih dalam bab di muka - lihatlah Bab
Sunnahnya mendahulukan anggota kanan iaitu bab ke 99.
No comments:
Post a Comment