762. Dari Abu Said al-Khudri r.a. bahawasanya Nabi s.a.w.
melarang meniup dalam minuman. Ada seorang lelaki berkata: "Ada kotoran mata
yang saya lihat di dalam wadah itu." Beliau s.a.w. bersabda: "Alirkanlah -
sehingga kotoran itu hilang." Orang itu berkata lagi: "Sesungguhnya saya ini
belum merasa puas minum dari sekali nafas." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Kalau
begitu singkirkanlah dulu wadahnya itu dari mulutmu - dan bernafaslah di luar
wadah."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis
hasan shahih.
763. Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma bahawasanya Nabi s.a.w.
melarang kalau ditarik nafas dalam wadah - waktu minum - atau ditiupkan di
dalamnya."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis
hasan shahih.
No comments:
Post a Comment