740. Dari Wahsyi bin Harb r.a. bahawasanya para sahabat
Rasulullah s.a.w. berkata; "Ya Rasulullah, sesungguhnya kita semua ini makan dan
tidak kenyang." Beliau s.a.w. bersabda: "Barangkali engkau semua berpisah-pisah
- dalam makan itu." Mereka menjawab: "Ya." Beliau s.a.w. bersabda lagi: "Maka
dari itu berkumpullah engkau semua
kepada makananmu itu dan sebutkanlah nama Allah - yakni bacalah Bismillah, tentu
akan diberkahi dalam makanan itu." (Riwayat Abu Dawud)
No comments:
Post a Comment