Allah Ta'ala berfirman:
"Maka berikanlah berita gembira kepada bamba-hambaKu yang suka
mendengarkan ucapan, lalu mengikuti mana yang sebaik-baiknya." (az-Zumar:
17-18)
Allah Ta'ala berfirman lagi:
"Tuhan mereka memberikan kegembiraan kepada mereka -yakni orang-orang
yang beriman dan berjihad dengan memperolehi kerahmatan,
keredhaan dan syurga
daripadaNya; di
dalam
syurga itu mereka mendapatkan kenikmatan yang abadi." (at-Taubah:
21)
Juga Allah Ta'ala berfirman:
"Bergembiralah engkau semua - hai orang-orang yang bertuhankan Allah
dan berpendirian teguh - dengan
memperolehi syurga yang telah
dijanjikan kepadamu semua." (Fushshilat:
30)
Allah Ta'ala berfirman pula:
"Kami memberikan berita gembira padanya - iaitu Ibrahim -
bahawa ia akan
memperolehi anak yang berhati
sabar." (as-Shaffat: 101)
Allah Ta'ala juga berfirman:
"Nescayalah benar-benar
telah datanglah utusan-utusan Kami kepada Ibrahim dengan membawa berita
gembira." (Hud: 69)
Lagi Allah Ta'ala berfirman:
"Dan isterinya - yakni Ibrahim -
berdiri dengan tersenyum, lalu Kami sampaikan kepadanya berita gembira dengan
kelahiran Ishaq dan sesudah Ishaq lahir pulalah Ya'qub." (Hud:
71)
Allah Ta'ala berfirman pula:
"Kemudian malaikat memanggilnya - yakni Zakariya - dan di waktu itu
ia sedang berdiri melakukan shalat di Mihrab bahawa Allah memberikan
berita gembira kepadamu dengan kelahiran Yahya." (ali-lmran:
39)
Allah Ta'ala berfirman lagi:
"Ketika malaikat berkata: "Hai Maryam, sesungguhnya Allah memberikan
berita gembira padamu dengan kalimat dari Tuhan, iaitu kelahiran anak
bernama al-Masih Isa anak Maryam sampai habisnya ayat. (ali-lmran:
45)
Ayat-ayat dalam bab in! banyak sekali dan dapat dimaklumi. Adapun
Hadis-hadisnya maka banyak sekali dan semuanya itu termasyhur dalam kitab Hadis
shahih, di antaranya ialah:
706. Dari Abu Ibrahim, dikatakan pula bahawa namanya ialah Abu
Muhammad dan ada yang mengatakan Abu Mu'awiyah iaitu Abdullah bin
Aufa radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah
memberikan berita gembira kepada Khadijah - isterinya - dengan
memperolehi sebuah rumah di
dalam syurga yang terbuat dari mutiara berlobang. Di situ tidak ada teriakan
apa pun dan tidak pula
ada kelelahan. (Muttafaq 'alaih)
Al-Qashab di sini ertinya ialah mutiara
berlubang; as-Shakhab
ertinya teriakan dan
jeritan; an-Nashab iaitu
kelelahan.
707. Dari Abu Musa al-Asy'ari r.a. bahawasanya ia berwudhu'
di rumahnya kemudian keluar lalu berkata: "Nescayalah saya akan
menetap bersama Rasulullah s.a.w. dan selalu berada di sisinya pada hari ini."
la mendatangi masjid, lalu menanyakan perihal Nabi s.a.w. Orang-orang sama
berkata: "Beliau menuju ke sana."
Abu Musa berkata: "Saya lalu keluar mengikuti jejaknya sambil
menanyakan perihal beliau, sehingga masuklah beliau ke perigi -atau sumur -
Aris. Saya duduk di sisi pintu sehingga Rasulullah s.a.w. menyelesaikan hajatnya
dan berwudhu'. Selanjutnya saya berdiri menuju ke tempatnya, beliau di saat itu
sudah duduk di atas perigi Aris dan berada di tengah-tengah dinding perigi
tersebut. Beliau membuka kedua betisnya dan melemberehkan keduanya itu di
perigi. Saya lalu memberikan salam padanya, kemudian saya kembali terus duduk di
sisi pintu. Saya berkata: "Benar-benar saya akan menjadi juru penjaga pintu
Rasulullah s.a.w. pada hari ini."
Kemudian datanglah Abu Bakar r.a. lalu menolakkan pintu. Saya
bertanya: "Siapakah ini?" la menjawab: "Abu Bakar." Saya berkata: "Tunggu
sebentar." Saya
pun
pergilah lalu berkata: "Ya Rasulullah. Ini Abu Bakar datang meminta izin."
Beliau s.a.w. menjawab: "Izinkan ia dan sampaikanlah berita gembira padanya
bahawa ia akan
memperolehi syurga." Saya
menghadap kembali sehingga saya berkata kepada Abu Bakar: "Masuklah dan
Rasulullah memberikan berita gembira pada anda bahawa anda akan
memperoleh syurga." Abu Bakar lalu masuk, sehingga duduklah ia di sebelah kanan
Nabi s.a.w. yakni berjajar dengannya di dinding perigi dan melemberehkan kedua
kakinya di perigi itu. Saya telah meninggalkan saudaraku * iaitu Abu Burdah -
berwudhu' lalu menyusulku lagi. Saya berkata: "Jikalau Allah itu menghendaki
kebaikan pada seseorang - yang dimaksudkan ialah saudaranya itu, maka Allah
mendatangkannya - untuk dapat hadhir di tempat Nabi s.a.w.
Tiba-tiba ada orang lain lagi yang menggerak-gerakkan pintu. Saya
bertanya: "Siapakah ini?" la menjawab: "Umar bin al-Khaththab." Saya berkata:
"Tunggu sebentar," lalu saya mendatangi Rasulullah s.a.w., memberikan salam
padanya dan saya berkata: "Ini Umar datang meminta
izin." Beliau s.a.w. bersabda: "Izinkanlah ia dan sampaikanlah berita gembira
bahwa ia memperoleh syurga." Kemudian saya mendatangi Umar lalu berkata:
"Rasulullah s.a.w. mengizinkan. Masuklah dan Rasulullah s.a.w. menyampaikan
berita gembira pada anda bahwa anda memperoleh syurga." Umar masuk lalu duduk
bersama Rasulullah s.a.w. di dinding perigi di sebelah kirinya dan melemberehkan
pula kedua kakinya di perigi tadi. Seterusnya saja kembali lagi lalu duduk dan
berkata: "Jikalau Allah menghendaki kebaikan pada seseorang - yang dimaksudkan
ialah saudaranya itu, maka Allah mendatangkannya - untuk dapat hadhir di tempat
Nabi s.a.w.
Seterusnya datang pula seorang lagi lalu menggerak-gerakkan pintu,
saya berkata: "Siapakah ini?" la menjawab: "Usman bin Affan." Saya berkata:
"Tunggu sebentar." Saya mendatangi Nabi s.a.w. lagi dan memberitahukan padanya
kedatangan Usman. Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Izinkanlah ia dan sampaikanlah
berita gembira padanya bahawa ia akan
memperolehi syurga dengan
mendapatkan beberapa bencana yang akan mengenai dirinya." Saya datang lalu
berkata: "Masuklah dan Rasulullah s.a.w. menyampaikan berita gembira pada anda
bahawa anda akan
memperolehi syurga dengan adanya
beberapa bencana yang akan mengenai anda." Usman masuklah dan didapatinya
bahawa dinding perigi
telah penuh. Maka dari itu ia duduk menghadap beliau-beliau - yang datang dulu
itu - di tepi yang sebelah lainnya."
Said bin al-Musayyab berkata: "Kemudian saya mentakwilkan sedemikian
itu akan makam-makam beliau-beliau - yakni bahawa Rasulullah s.a.w.
beserta kedua sahabatnya yakni Abu Bakar dan Umar radhiallahu 'anhuma menjadi
satu dalam sebuah tempat iaitu di bilik
Sayyidah Aisyah radhiallahu 'anha." (Muttafaq 'alaih)
Dalam sebuah riwayat lain ditambahkan;
"Rasulullah menyuruh saya - Abu Musa al-Asy'ari - untuk menjaga
pintu." Juga dalam Hadis ini disebutkan bahawasanya Usman ketika
diberitahu khabar bahawa ia akan memperoleh
syurga, ia lalu mengucapkan puji-pujian kepada Allah Ta'ala kemudian berkata:
"Allah yang dimohoni pertolongan," sebab ia tahu akan memperolehi bencana di belakang
hari nanti.
708. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Kita semua duduk-duduk di
sekitar Rasulullah s.a.w., beserta kita ada pula Abu Bakar dan Umar radhiallahu
'anhuma yakni dalam sekelompok sahabat. Kemudian Rasulullah s.a.w. berdiri dari
hadapan kita lalu lambat benar kembalinya pada kita itu. Kita semua takut
kalau-kalau mendapatkan suatu bencana tanpa sepengetahuan kita. Kita pun mulai takut lalu
kita semua berdiri - untuk mencarinya. Saya lah pertama-tama
orang yang merasa takut itu. Saya keluar mencari Rasulullah s.a.w. sehingga
datang lah saya di suatu
dinding pagar milik Bani Najjar. Saya berkeliling di sekitar dinding tadi,
barangkali saya boleh mendapatkan
pintunya, tetapi tidak saya temukan. Tiba-tiba di situ nampaklah suatu rabi'
yang masuk ke tengah dari perigi yang ada di luar (rabi' iaiah selokan atau
aliran air kecil). Saya pun lalu menggali
tanah kemudian masuk menemui Rasulullah s.a.w. Beliau s.a.w. bersabda: "Abu
Hurairah?" Saya berkata: "Ya, benar hai Rasulullah." Beliau bertanya: "Ada
apakah engkau ini?" Saya berkata: "Tadi Tuan berada di muka kita semua, lalu
Tuan berdiri, kemudian Tuan amat lambat datang kembali pada kita. Kita takut
kalau-kalau Tuan mendapat sesuatu bencana tanpa sepengetahuan kita. Sayalah
pertama-tama orang yang merasa ketakutan itu. Kerana itu saya
mendatangi dinding ini lalu saya menggali tanah sebagaimana musang menggalinya.
Orang-orang itu semua ada di belakang saya." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Hai
Abu Hurairah," dan beliau memberikan dua buah terompahnya, lalu
bersabda lagi: "Pergilah dengan dua buah terompahku ini. Maka
barangsiapa yang engkau temui dari balik dinding ini yang menyaksikan
bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah dengan hati yang meyakinkan benar-benar akan hal itu, hendaklah
engkau berikan berita gembira padanya bahawa orang tersebut
akan memperolehi syurga."
Selanjutnya Abu Hurairah menyebutkan Hadis ini selengkapnya yang
panjang. (Riwayat Muslim)
Ar-Rabi' ialah sungai kecil
iaitu selokan -
jadual - dengan
menggunakan fathahnya jim, sebagaimana yang ditafsirkan dalam Hadis.
Ucapan Abu Hurairah r.a.: Ihtafartu, diriwayatkan dengan
ra' dan dengan zai. Kalau dengan zai maknanya ialah saya
menyusutkan diri dan saya mengecil sehingga dapatlah saya masuk ke
dalam.
709. Dari Abu Syumasah, katanya: "Kita mendatangi 'Amr bin al-'Ash
r.a. dan ia sedang dalam keadaan dihadhiri oleh kematian -yakni tidak lama lagi
akan meninggal dunia. la menangis panjang -yakni lama sekali. Anaknya berkata:
"Hai ayahku, bukankah Rasulullah s.a.w. telah menyampaikan berita gembira kepada
anda, demikian. Bukankah Rasulullah s.a.w. telah menyampaikan berita gembira
kepada anda, demikian." 'Amr lalu menghadapkan muka kepada anaknya itu, kemudian
berkata: "Sesungguhnya seutama-utama apa yang kami sediakan - untuk pulang
kembali ke alam akhirat - ialah bersyahadat bahawasanya tiada Tuhan
melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad
adalah pesuruh Allah. Sesungguhnya saya ini telah mengalami tiga tingkat. Dahulu
sekali saya telah melihat diriku sendiri iaitu bahawa tiada
seorang
pun yang
paling saya benci melebihi kebencian saya kepada Rasulullah s.a.w. dan tiada
sesuatu yang lebih saya inginkan daripada sekiranya saya dapat menguasai beliau
s.a.w. lalu saya membunuhnya. Maka andaikata saya mati dalam keadaan sedemikian
itu, nescayalah saya
termasuk golongan ahli neraka.
Selanjutnya setelah Allah menetapkan Agama Islam dalam hatiku, maka
saya mendatangi Nabi s.a.w., lalu saya berkata: "Beberkanlah tangan kanan Tuan,
supaya saya dapat berbat'at kepada Tuan." Beliau s.a.w. membeberkan tangan
kanannya lalu saya menangkapkan tanganku - yakni menjabat tangan beliau s.a.w.
itu. Beliau bertanya: "Ada apakah anda ini, hai 'Amr?" Saya berkata: "Saya
menghendaki supaya diberi syarat." Beliau bertanya: "Dengan syarat apakah yang
anda inginkan?" Saya menjawab: "Iaitu supaya saya
diberi pengampunan - segala kesalahan yang lalu." Beliau bersabda: "Tidakkah
anda ketahui bahawa Islam itu
merosakkan apa-apa yang
ada sebelumnya - yakni bahawa dosa-dosa yang
dilakukan sebelum masuk Islam akan lenyap setelah seseorang itu masuk dalam
Agama Islam itu. Juga bahawasanya hijrah itu
merosakkan apa-apa yang
sebelumnya dan bahawasanya haji juga
merosakkan apa-apa yang
sebelumnya." Sejak saat itu tiada seorang pun yang lebih saya
cintai daripada Rasulullah s.a.w. Tidak ada pula seseorang yang lebih agung
dalam pandangan mataku daripada beliau itu. Bahkan saya tidak dapat memenuhi
kedua mataku dari kebesaran beliau itu, kerana sangat menjunjung
tinggi padanya. Andaikata saya diminta untuk menghuraikan sifat beliau,
tentu saya juga tidak dapat melakukannya, kerana saya tidak dapat
memenuhi kedua mataku daripada keperibadian dirinya itu. Jikalau sekiranya mati
dalam keadaan sedemikian ini, nescayalah saya dapat
mengharapkan bahawa saya akan termasuk
dalam golongan ahli syurga. Tetapi sesudah itu kami diberi kekuasaan untuk
mengatur beberapa macam persoalan, yang saya sendiri tidak mengetahui bagaimana
keadaanku dalam macam-macam persoalan tadi - yakni apakah saya di pihak benar
atau salah.
Oleh sebab itu, jikalau saya meninggal dunia, maka janganlah saya
disertai oleh tangisan yang keras-keras dan jangan disertai api - sebab
mayat akan
memperolehi siksa api neraka,
jikalau keluarganya menangis melebihi batas yang dibolehkan dalam syariat Islam.
Seterusnya jikalau engkau semua menanam tubuhku, maka tuangkanlah air sedikit
demi sedikit di atas tanah. Kemudian beradalah engkau semua di sekitar kuburku
sekadar lamanya
menyembelih binatang lalu dibahagi-bahagikan dagingnya -
maksudnya jangan terlampau lama di kubur itu, sehingga dengan demikian saya
dapat merasa tenang dalam pertemuanku denganmu tadi dan saya dapat melihat apa
yang akan saya berikan sebagai jawaban kepada para utusan Tuhanku - yakni para
malaikat yang akan menanyainya dalam kubur." (Riwayat Muslim)
Ucapannya: syunnu diriwayatkan dengan menggunakan sin
mu'jamah - berbunyi syunnu - dan ada yang dengan menggunakan sin muhmalah -
berbunyi sunnu, ertinya ialah
tuangkanlah air sedikit demi sedikit.
Wallahu Subhanahu a'lam.
No comments:
Post a Comment