Allah Ta'ala berfirman:
"Dan penuhilah perjanjian, kerana sesungguhnya
perjanjian itu akan ditanyakan." (al-lsra':
34)
Allah Ta'ala berfirman lagi:
"Dan penuhilah perjanjian
terhadap Allah, jikalau engkau semua menjanjikannya."
(an-Nahl: 91)
Allah Ta'ala juga berfirman:
"Hai sekalian orang-orang yang beriman, penuhilah janji-janji
itu." (al-Maidah: 1)
Allah Ta'ala berfirman pula:
"Hai sekalian orang-orang yang beriman, mengapa engkau semua
mengucapkan apa-apa yang tidak engkau semua kerjakan? Besar sekali dosanya di
sisi Allah jikalau engkau semua mengucapkan apa-apa yang tidak engkau semua
kerjakan itu." (as-Shaf: 2-3)
687. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah
s.a.w. bersabda:
"Tandanya orang munafik itu ada tiga, iaitu: jikalau ia
berbicara berdusta, jikalau ia berjanji menyalahi dan jikalau ia dtpercaya
berkhianat." (Muttafaq 'alaih)
la menambahkannya dalam riwayat Imam Muslim: "Sekalipun
orang itu berpuasa
dan bersembahyang dan mengaku
bahawa dirinya adalah
seorang Muslim."
688. Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma
bahawasanya Nabi s.a.w.
bersabda:
"Ada empat perkara, barangsiapa yang empat perkara itu semuanya ada
di dalam dirinya, maka orang itu adalah seorang munafik yang murni - yakni
munafik yang sebenar-benarnya - dan barangsiapa yang di dalam dirinya ada satu
perkara dari empat perkara tersebut, maka orang itu memiliki pula satu macam
perkara dari kemunafikan sehingga ia meninggalkannya, iaitu: jikalau
dipercaya berkhianat, jikalau berbicara berdusta, jikalau berjanji dia tidak tepati dan jikalau
bertengkar maka ia berbuat kecurangan - yakni tidak melalui jalan yang benar
lagi." (Muttafaq 'alaih)
Keterangan:
Nifaq atau kemunafikan
adalah suatu sifat yang ada di dalam hati manusia dan tidak dapat diketahui oleh
orang lain. Kemunafikan adalah suatu penyakit rohani yang tidak dapat
disembuhkan kecuali oleh orang itu sendiri. Kita dapat mengetahui seseorang itu
dihinggapi oleh penyakit kemunafikan, hanyalah semata-mata dari tanda-tandanya
yang lahiriyah belaka.
Apakah kemunafikan itu? Kemunafikan ialah menunjukkan di luar sebagai
seorang Muslim yang benar-benar keislaman dan keimanannya, tetapi dalam hatinya
adalah sebaliknya. Orang munafik itu hakikatnya adalah orang yang memusuhi Agama
Islam, menghalang-halangi perkembangan dan kemajuan Islam, tidak ridha dengan
kepesatan dan keluhuran Islam dan dengan segala daya-upaya hendak mematikan
Agama Islam. Itulah yang terkandung dalam hatinya yang sebenar-benarnya. Hanya
tampaknya saja ia sebagai pemeluk Islam yang setia. Bagi Islam orang munafik itu
adalah sebagai musuh dalam selimut. la menggunting dalam lipatan atau menohok
kawan seiring dari belakang. Besar benar bahayanya kaum munafik itu terhadap
Islam dan kaum Muslimin. Oleh sebab itu Allah menjanjikan siksa yang pedih
kepada kaum munafik itu dengan firmannya:
"Sesungguhnya orang-orang munafik itu ada di dalam tingkat terbawah
dari neraka."
Oleh sebab tidak seorang pun yang mengetahui
isi hati seseorang, maka oleh Rasulullah s.a.w. dihuraikan
tanda-tandanya kemunafikan, iaitu ada empat macam
perkara. Dijelaskan oleh beliau s.a.w. bahawa barangsiapa yang
memiliki empat macam perkara itu keseluruhannya, maka ia benar-benar dapat
digolongkan dalam kelompok kaum munafik yang tulen atau murni, bagaikan emas
kemunafikannya sudah 24 karat. Tetapi apabila hanya satu perkara saja yang
dimilikinya itu, maka ia telah dihinggapi satu macam penyakit kemunafikan
tersebut.
Adapun empat perkara itu ialah:
1. Jikalau berbicara berdusta.
2. Jikalau berjanji tidak menepati.
3. Jikalau bertengkar atau bertentangan dengan
seseorang, lalu berbuat kejahatan.
4. Jikalau membuat sesuatu perjanjian lalu
merosakkan atau
membatalkannya sendiri yakni tidak mematuhi isi perjanjian itu dengan
sebaik-baiknya.
Dalam Hadis sebelumnya disebutkan bahawa salah satu sifat
kemunafikan ialah: Jikalau dipercaya lalu berkhianat. Penyakit kemunafikan itu
tetap berjangkit dalam diri seseorang selama sifat-sifat buruk di atas (lima
macam) tidak ditinggalkan, sekalipun orang tersebut mengerjakan shalat, puasa
serta mengaku bahawa dirinya adalah
manusia Muslim.
Amat sederhana sekali nampaknya sifat-sifat
kemunafikan yang banyaknya empat atau lima macam di atas itu, tetapi bahayanya amat
besar sekali. Oleh sebab itu, selama masih ada satu penyakit kemunafikan itu
menghinggapi seseorang, maka tetap ia dapat dianggap sebagai orang munafik,
jikalau penyakitnya itu tidak dilenyapkan sendiri, sekalipun taraf
kemunafikannya masih rendah.
Jadi kemunafikan seseorang itu dianggap tinggi atau rendah, murni
atau tidak, hal itu tergantung kepada banyaknya sifat kemunafikan yang dimiliki
olehnya. Jelasnya kemunafikannya itu dapat 20%, 40%, 60%, 80% atau 100% yakni
tulen dan murni.
Semoga kita semua dihindarkan dari sifat kemunafikan ini
selama-lamanya.
689. Dari Jabir r.a., katanya: "Nabi s.a.w. bersabda kepada saya:
"Andaikata harta dari daerah Albahrain itu benar-benar telah tiba, tentulah saya
akan memberimu sekian, sekian dan sekian."
Tetapi harta dari Albahrain itu tidak pernah datang sampai Nabi
s.a.w. wafat.
Kemudian setelah harta dari Albahrain itu datang, Abu Bakar r.a.
menyuruh supaya diserukan: "Barangsiapa yang di sisi Rasulullah s.a.w. mempunyai
suatu janji atau hutang, maka hendaklah datang ke tempat kami." Saya lalu
mendatangi Abu Bakar r.a., dan saya berkata: "Sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah
bersabda kepada saya demikian, demikian." Abu Bakar r.a. lalu memberikan kepada
saya suatu pemberian, kemudian saya menghitungnya, tiba-tiba jumlahnya itu ialah
lima ratus dirham dan Abu Bakar
r.a. berkata: "Ambillah dua kalinya
itu lagi." (Muttafaq 'alaih)
No comments:
Post a Comment