679. Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah
s.a.w. berjalan melalui seorang lelaki dari golongan kaum Anshar dan ia sedang
menasihati saudaranya tentang hal sifat malu - yakni malu mengerjakan kejahatan.
Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Biarkanlah ia, sebab sesungguhnya sifat
malu itu termasuk dari keimanan." (Muttafaq 'alaih)
Keterangan:
Malu itu ada yang baik dan ada yang jelek. Malu menjalani sesuatu
kemungkaran dan kemaksiatan
atau umumnya larangan agama atau hal-hal yang syubhat adalah terpuji dan sangat
baik. Tetapi malu menjalankan ketaatan kepada Allah, misalnya malu bersembahyang
kerana baru saja
menyedari kebenaran
beragama, malu pergi ke masjid, malu kalau tidak suka diajak
berdansa
, malu
kalau menolak berjabatan tangan dengan wanita (bagi seorang lelaki), semuanya
itu adalah tercela dan tidak ada kebaikannya sama sekali.
Dalam hal ini ada sebuah Hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari yang
diterima dan' Abu Mas'ud iaitu Uqbah
al-Anshari, mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda:
"Sesungguhnya di antara hal-hal yang ditemui (didapatkan) dari ucapan
kenubuwatan yang pertama ialah: Apabila kamu tidak malu, maka lakukanlah apa
saja yang kamu kehendaki."
Adapun Hadis di atas itu mengandungi pengertian sebagai
ancaman atau untuk menakut-nakuti pada seseorang yang hendak berbuat
semahu-mahunya. Jadi maksudnya ialah:
"Kalau kamu tidak malu kepada Allah dalam melakukan kemungkaran dan kemaksiatan
itu, terserahlah, kamu boleh melakukan apa-apa yang kamu inginkan dan sesuka
hati mulah. Tetapi
ingatlah bahawa setiap sesuatu itu
ada balasannya, baik di dunia atau pun di
akhirat."
Ada pula sebahagian alim-ulama yang
berpendapat bahawa maksud Hadis di
atas itu adalah untuk menunjukkan kebolehan sesuatu kelakuan. Jelasnya: "Kalau
kamu hendak melakukan sesuatu, sekiranya kamu tidak malu kepada Allah dan para
manusia, sebab memang bukan larangan agama, baik sajalah kamu lakukan. Tetapi
sekalipun agama membolehkan, kalau kamu malu, tidak kamu lakukan pun baik juga jikalau
hal itu termasuk sesuatu jawaz (yakni bukan hal
yang wajib atau sunnah). Jadi baik dilakukan
atau ditinggalkan sama saja bolehnya."
680. Dari Imran bin Hushain radhiallahu 'anhuma,
katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sifat malu itu tidak mendatangkan sesuatu melainkan kebaikan."
(Muttafaq 'alaih)
Dalam riwayat Muslim disebutkan: "Sifat malu itu baik seluruh
akibatnya." Atau beliau s.a.w. bersabda: "Malu itu semuanya baik
akibatnya."
Yang dimaksud itu ialah malu mengerjakan kejahatan atau hal-hal yang
tidak sopan menurut pandangan umum. Adapun malu mengerjakan kebaikan, maka amat
tercela dan tidak dibenarkan oleh agama.
681. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Keimanan itu ada tujuh puluh lebih - tiga
sampai sembilan -atau keimanan itu cabangnya ada enam puluh lebih - tiga
sampai sembilan. Seutama-utamanya ialah ucapan La ilaha illallah dan
serendah-rendahnya ialah menyingkirkan apa-apa yang berbahaya -semacam batu,
duri, lumpur, abu kotoran dan Iain-Iain sebagainya -dari jalanan. Sifat malu
adalah suatu cabang dari keimanan itu." (Muttafaq 'alaih)
682. Dari Abu Said al-Khudri r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. itu
lebih sangat sifat malunya daripada seorang perawan dalam tempat
persembunyiannya - yakni perawan yang baru kahwin dan berada dalam
biliknya dengan suami yang belum pernah dikenalnya. la amat sangat malu kepada
suaminya itu. Jikalau beliau s.a.w. melihat sesuatu yang tidak disenangi, maka
kita dapat melihat itu nampak di wajahnya."
(Muttafaq 'alaih)
Para alim-ulama berkata: "Hakikat sifat malu itu ialah suatu
budi pekerti yang
menyebabkan seseorang itu meninggalkan apa-apa yang buruk dan menyebabkan ia
tidak mahu lengah untuk
menunaikan haknya seseorang yang mempunyai hak." Kami meriwayatkan dari Abul
Qasim al-Junaid rahimahullah, katanya: "Malu ialah perpaduan antara melihat
berbagai macam kenikmatan atau kurnia dan melihat
adanya kelengahan, lalu tumbuhlah di antara kedua macam sifat yang di atas tadi
suatu keadaan yang dinamakan sifat malu."
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment