Allah Ta'ala berfirman;
"Mereka - orang-orang yang beriman - itu sama mengutamakan
orang lain lebih dari dirinya sendiri, meskipun mereka itu sebenarnya adalah
dalam kemiskinan." (al-Hasyr:
9)
Allah Ta'ala berfirman pula:
"Mereka - orang-orang yang baik - itu sama memberikan makanan dengan
kasih-sayangnya kepada orang miskin, anak yatim serta orang yang tertawan,"
sampai akhirnya beberapa ayat. (al-lnsan: 8)
562. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Ada seorang lelaki datang
kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: "Sesungguhnya saya ini adalah seorang yang
sedang dalam kesengsaraan." Beliau s.a.w. menyuruh ke tempat sebahagian isteri-isterinya
- untuk meminta sesuatu yang hendak disedekahkan, lalu isteri-isterinya itu
berkata: "Demi Zat yang mengutus Tuan dengan benar, saya tidak mempunyai sesuatu
melainkan air." Kemudian beliau s.a.w. menyuruh lagi ke tempat isterinya yang
lain, maka yang ini
pun
mengatakan sebagaimana di atas itu. Jadi mereka itu semuanya mengatakan seperti
itu pula, iaitu: "Tidak ada,
demi Zat yang mengutus Tuan dengan benar, saya tidak mempunyai sesuatu melainkan
air." Beliau s.a.w. lalu bersabda: - kepada sahabat-sahabatnya: "Siapakah yang
akan membawa orang ini sebagai tamunya pada malam ini?" Seorang lelaki dari
golongan Anshar berkata: "Saya, ya Rasulullah." Orang itu berangkat dengan
tamunya ke tempat kediamannya, lalu berkata kepada isterinya: "Muliakanlah tamu
Rasulullah s.a.w. ini."
Dalam riwayat lain disebutkan: "Orang itu berkata kepada isterinya:
"Apakah engkau mempunyai sesuatu jamuan?" Isterinya menjawab: "Tidak ada,
kecuali makanan untuk anak-anakku." Lelaki itu berkata pula: "Buatlah sesuatu
sebab kepada anak-anak itu dengan sesuatu - sehingga terlupa dari makan
malamnya. Jadi kalau sudah waktunya mereka makan malam, maka tidurkanlah mereka.
Jikalau tamu kita telah masuk rumah, lalu padamkanlah lampunya dan perhatikanlah
padanya bahwa kita juga makan. Demikianlah lalu mereka duduk-duduk - yakni tuan
rumah dengan tamunya, tamu itupun makan dan keduanya- lelaki dan isterinya
-semalam itu dalam keadaan perut kosong.
Ketika menjelang pagi harinya, orang itu - yang menjadi tuan rumah -
pergi kepada Nabi s.a.w. - untuk menerangkan peristiwa malam harinya - lalu
beliau s.a.w. bersabda:
"Benar-benar Allah menjadi heran dari kelakuanmu berdua -suami-isteri
- terhadap tamumu tadi malam itu." [53] (Muttafaq 'alaih)
563. Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w.
bersabda:
"Makanan untuk dua orang itu cukup untuk tiga orang dan makanan tiga
orang itu cukup untuk empat orang." (Muttafaq 'alaih)
Dalam riwayat Imam Muslim dari Jabir r.a. dari Nabi s.a.w.,
sabdanya:
"Makanan seorang itu cukup untuk dua orang dan makanan dua orang itu
cukup untuk empat orang, sedang makanan empat orang itu cukup untuk lapan
orang."
564. Dari Abu Said al-Khudri r.a., katanya: "Pada suatu ketika kita
semua dalam berpergian bersama Nabi
s.a.w., tiba-tiba datanglah seorang lelaki dengan menaiki kenderaannya, lalu
mulailah ia menengokkan wajahnya ke arah kanan dan kiri. Kemudian bersabdalah
Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa yang mempunyai kelebihan kenderaan - yakni lebih
dari apa yang diperlukannya sendiri, hendaklah bersedekah dengan kelebihannya
itu kepada orang yang tidak mempunyai kenderaan dan barangsiapa
yang mempunyai kelebihan bekal makanan, maka hendaklah bersedekah kepada orang
yang tidak mempunyai bekal makanan apa-apa." Selanjutnya beliau s.a.w.
menyebutkan berbagai macam harta benda dengan segala apa saja yang dapat
disebutkan, sehingga kita semua mengerti bahawa tidak
seorang
pun dari
kita semua itu yang mempunyai hak dalam apa-apa yang kelebihan - sebab segala
macam yang merupakan kelebihan diperintahkan untuk disedekahkan." (Riwayat
Muslim)
565. Dari Sahal bin Sa'ad r.a. bahawasanya ada seorang
wanita datang kepada Nabi s.a.w. dengan membawa selembar burdah yang ditenun,
kemudian wanita itu berkata: "Saya sendiri menenun pakaian ini dengan tanganku
untuk saya berikan kepada Tuan agar Tuan gunakan sebagai pakaian." Nabi s.a.w.
mengambilnya dan memang beliau memerlukannya. Beliau keluar
pada kita dan burdah tadi dikenakan sebagai sarungnya. Kemudian ada orang
berkata: "Berikanlah burdah itu untuk saya pakai, alangkah baiknya." Beliau
s.a.w. bersabda: "Baiklah." Selanjutnya Nabi s.a.w. duduklah dalam suatu majlis
lalu burdah tadi dilipatnya kemudian dikirimkan kepada orang yang memintanya
tadi. Kaum - para sahabat - berkata kepada yang meminta itu: "Alangkah baiknya
perbuatanmu itu. Burdah itu dipakai oleh Nabi s.a.w., sedangkan beliau
memerlukan untuk dipakainya
dan engkau juga tahu bahawa beliau itu tidak
akan menolak permintaan siapa pun yang memintanya."
Orang tadi menjawab: "Sesungguhnya saya, demi Allah, tidaklah saya memintanya
itu kerana saya
memerlukannya, hanyasanya
saya memintanya tadi ialah untuk saya jadikan kafanku - yakni kalau meninggal
dunia."
Sahal -
yang meriwayatkan Hadis ini -berkata: "Maka burdah tersebut sungguh-sungguh
dijadikan kafannya." (Riwayat Bukhari)
566. Dari Abu Musa r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w,
bersabda:
"Sesungguhnya kaum Asy'ariyin itu apabila habis bekal-bekalnya dalam
sesuatu peperangan atau tinggal sedikit makanan untuk para keluarganya di
Madinah, maka mereka sama mengumpulkan apa-apa yang masih mereka punyai dalam
selembar kain pakaian, lalu mereka bahagi-bahagikanlah itu antara
sesama mereka dalam ukuran satu wadah dengan sama rata. Mereka itu adalah
termasuk golonganku dan saya termasuk golongan mereka pula." (Muttafaq
'alaih)
Armalu ertinya sudah habis
bekal mereka atau sudah mendekati kehabisannya.
No comments:
Post a Comment