Allah Ta'ala berfirman:
"Muhammad adalah Rasulullah dan orang-orang yang beserta
Muhammad itu mempunyai sikap keras - tegas - terhadap kaum kafir,
tetapi saling kasih-mengasihi antara sesama kaum mu'minin."
sampai ke akhir surah. (al-Fath:
29)
Allah Ta'ala berfirman pula:
"Dan orang-orang yang telah lebih dulu dari mereka bertempat
tinggal dalam kampung -
Madinah - serta beriman [39] mereka menunjukkan
kasih-sayang kepada orang
yang berpindah ke kampung mereka itu."
(al-Hasyr: 9)
374. Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Ada tiga perkara, barangsiapa yang tiga perkara itu ada di dalam
diri seseorang, maka orang itu dapat merasakan manisnya keimanan iaitu: jikalau
Allah dan RasulNya lebih dicintai olehnya daripada yang selain keduanya, jikalau
seseorang itu mencintai orang lain dan tidak ada sebab kecintaannya itu
melainkan kerana Allah, dan jikalau seseorang itu membenci untuk kembali kepada
kekafiran setelah diselamatkan oleh Allah dari kekafiran itu, sebagaimana
bencinya kalau dilemparkan ke dalam api neraka." (Muttafaq 'alaih)
375. Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Ada tujuh
macam orang yang akan dapat diberi naungan oleh Allah
dalam naunganNya pada
hari tiada naungan melainkan
naunganNya [40] - yakni pada hari kiamat, iaitu: imam -
pemimpin atau kepala - yang adil, pemuda yang tumbuh - sejak kecil - dalam
beribadat kepada Allah Azza wa jalla, seseorang yang hatinya tergantung - sangat
memerhatikan - kepada masjid-masjid, dua orang yang saling cinta-mencintai
kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan yang sedemikian serta berpisah pun
demikian pula, seseorang Ielaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan
serta kecantikan wajah, lalu ia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepada
Allah," - ataupun sebaliknya yakni yang diajak itu ialah wanita oleh seorang
Ielaki, seseorang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu menyembunyikan
amalannya itu - tidak menampak-nampakkannya, sehingga dapat dikatakan bahawa
tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya dan
seseorang yang ingat kepada Allah di dalam keadaan sepi lalu melelehkan airmata
dari kedua matanya." [41] (Muttafaq 'alaih)
376. Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: Rasulullah s.a.w.
bersabda:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman pada hari kiamat: "Manakah
orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka
itu akan saya beri naungan pada hari tiada naungan melainkan naunganKu sendiri."
(Riwayat Muslim)
377. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w.
bersabda:
"Demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaanNya, engkau
semua tidak dapat masuk syurga sehingga engkau semua beriman dan engkau semua
belum disebut beriman sehingga engkau semua saling cinta-mencintai. Sukakah
engkau saya beri petunjuk pada sesuatu yang apabila itu engkau semua lakukan,
maka engkau semua dapat saling cinta-mencintai? Sebarkanlah ucapan salam antara
engkau semua." (Riwayat Muslim)
378. Dari Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w. bahawasanya ada seorang
Ielaki berziarah kepada seorang saudaranya di suatu desa lain, kemudian Allah
memerintah seorang malaikat untuk melindunginya di sepanjang jalan," kemudian
dihuraikannya Hadis itu sampai kepada sabdanya: "Sesungguhnya Allah itu
mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu kerana Allah." (Riwayat
Muslim)
Hadis ini telah lalu dalam bab yang sebelum ini - lihat Hadis no.
260.
379. Dari Albara' bin 'Azib radhiallahu'anhuma dari Nabi s.a.w.
bahawasanya beliau bersabda mengenai golongan sahabat Anshar:
"Tidak mencintai kaum Anshar itu melainkan orang mu'min dan tidak
membenci mereka itu melainkan orang munafiq; barangsiapa yang mencintai mereka,
maka ia dicintai oleh Allah dan barangsiapa membenci mereka, maka mereka dibenci
oleh Allah." (Muttafaq 'alaih)
380. Dari Mu'az r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda:
"Allah 'Azzawajalla berfirman:
"Orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu, maka
mereka itu akan memiliki mimbar-mimbar dari cahaya yang diinginkan pula oleh
para nabi dan para syahid - mati dalam peperangan untuk membela agama
Allah."
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah
Hadis hasan shahih.
381. Dari Abu ldris al-Khawlani rahimahullah, katanya: "Saya memasuki
masjid Damsyik, tiba-tiba di situ ada seorang pemuda yang bercahaya giginya -
yakni suka sekali tersenyum - dan sekalian manusia besertanya. Jikalau
orang-orang itu berselisih mengenai sesuatu hal, mereka lalu menyerahkan
persoalan itu kepadanya dan mereka mengeluarkan huraian dari pendapatnya,
kemudian saya bertanya mengenai dirinya, lalu menerima jawapan: "Ini adalah
Mu'az bin Jabal. Setelah hari esoknya, saya datang pagi-pagi sekali, lalu saya
dapati Mu'az sudah mendahului saya datang paginya. Ia saya temui sedang
bersembahyang. Kemudian saya menantikannya sehingga ia menyelesaikan shalatnya.
Seterusnya saya pun mendatanginya dari arah mukanya, lalu saya mengucapkan salam
padanya, kemudian saya berkata: "Demi Allah, sesungguhnya saya ini mencintaimu
kerana Allah." Ia berkata: "Kerana Allahkah?" Saya menjawab: "Ya, kerana Allah."
Ia berkata: "Kerana Allah?" Saya menjawab: "Ya, kerana Allah." Mu'az lalu
mengambil belitan selendangku,kemudian menarik tubuhku kepadanya, terus berkata:
"Bergembiralah engkau, kerana sesungguhnya saya pernah mendengar Rasulullah
s.a.w. bersabda: "Allah Tabaraka wa Ta'ala berfirman - dalam Hadis Qudsi:
"Wajiblah kecintaanKu itu kepada orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana
Aku, duduk-duduk bersama kerana Aku, saling ziarah-menziarahi kerana Aku dan
saling hadiah-menghadiahi kerana Aku."
Hadis shahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Almuwaththa'
dengan isnadnya yang shahih.
Sabda Nabi s.a.w.: Hajartu ertinya berpagi-pagi sekali
mendatangi, ini adalah dengan syaddahnya jim. Sabdanya s.a.w.: Aallahi,
faqultu: Allah. Yang pertama dengan hamzah mamdudah untuk istifham -
pertanyaan, sedang yang kedua tanpa mad.
382. Dari Abu Karimah iaitu al-Miqdad - di sebahagian naskhah disebut
al-Miqdam-bin Ma'dikariba r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Jikalau seseorang itu mencintai saudaranya, maka hendaklah
memberitahukan pada saudaranya itu bahawa ia mencintainya."
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Tirmidzi dan Tirmidzi
mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
383. Dari Mu'az r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. mengambil
tangannya dan bersabda:
"Hai Mu'az, demi Allah, sesungguhnya saya ini mencintaimu. Kemudian
saya hendak berwasiat padamu hai Mu'az, iaitu: Janganlah setiap selesai shalat
meninggalkan bacaan - yang ertinya:
Ya Allah, berilah saya pertolongan untuk tetap mengingatMu serta
bersyukur padaMu, juga berilah saya pertolongan untuk Beribadat yang
sebaik-baiknya padaMu."
Hadis shahih yang diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Nasa'i
dengan isnad shahih.
384. Dari Anas r.a. bahawasanya ada seorang lelaki yang berada di
sisi Nabi s.a.w., lalu ada seorang lelaki lain berjalan melaluinya, lalu orang
yang di dekat beliau berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya saya mencintai orang
ini." Nabi s.a.w. bertanya: "Adakah engkau sudah memberitahukan padanya tentang
itu?" Ia menjawab: "Tidak - belum saya beritahukan." Nabi s.a.w. bersabda:
"Beritahukanlah padanya." Orang yang bersama beliau s.a.w. lalu menyusul orang
yang melaluinya tadi, lalu berkata: "Sesungguhnya saya mencintaimu." Orang itu
lalu menjawab: "Engkau juga dicintai oleh Allah yang kerana Allah itulah engkau
mencintai aku."
Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.
-
Yang dimaksudkan ialah kaum Anshar radhiallahu 'anhuma, sebab merekalah yang menetap terus di Madinah dan telah meresaplah rasa keimanan dalam jiwa mereka.
-
Naungan Tuhan ini dapat diartikan secara sebenarnya yakni naungan dari 'arasynya Tuhan, tetapi dapat pula diertikan sebagai kinayah yakni dalam lindungan Tuhan dan ditempatkan di tempat yang dimuliakan.
-
Meleleh airmatanya, maksudnya ialah kerana ingatannya memusat betul-betul kepada Allah, merasa banyak dosa yang dilakukan, juga karena amat rindu untuk segera bertemu denganNya dalam keadaan diridhai olehNya
No comments:
Post a Comment