Makruhnya Menoleh Dalam Shalat
Tanpa Adanya Uzur
1752. Dari Aisyah radhiallahu
'anha, katanya: "Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w. perihal menoleh di waktu
shalat, lalu beliau s.a.w. bersabda: "Menoleh itu adalah sambaran kerana lengah
yang dilakukan oleh syaitan dengan cara penyambaran yang cepat sekali dalam
shalatnya seseorang hamba." (Riwayat Bukhari)
1753. Dari Anas r.a.,
katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda kepada saya: "Takutlah engkau akan menoleh
di waktu shalat, sebab sesungguhnya menoleh di waktu shalat itu menyebabkan
kerosakan. Jikalau terpaksa harus menoleh, maka lakukanlah dalam shalat sunnah
saja, jangan dalam shalat fardhu." Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia
mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
No comments:
Post a Comment