Makruhnya Bercakap-cakap Sehabis Shalat Isyak Yang Akhir
Yang
dimaksudkan dengan bercakap-cakap sebagaimana di atas itu ialah bercakap-cakap
yang sifatnya mubah dalam selain waktu sehabis shalat Isya' itu, yakni yang
mengerjakan atau meninggalkan-nya sama saja - ertinya tidak berpahala dan juga
tidak berdosa. Adapun percakapan yang diharamkan atau yang dimakruhkan dalam
selain waktu itu, maka jikalau dalam waktu ini - yakni sehabis shalat Isya' -
menjadi lebih-lebih lagi haram dan makruhnya. Tetapi percakapan yang mengenai
soal-soal kebaikan semacam ingat-mengingatkan perihal ilmu pengetahuan -
keagamaan - atau ceritera-ceritera mengenai orang-orang yang shalih, tentang
budi- pekerti luhur ataupun berbicara dengan tamu atau beserta orang yang hendak
menyelesaikan keperluannya dan Iain-Iain sebagainya, maka sama sekali tidak ada
kemakruhannya, bahkan dapat menjadi disunnahkan.
Demikian pula bercakap-cakap kerana ada
sesuatu keuzuran - yakni kepentingan - dan sesuatu yang datang mendadak, juga
tidak dimakruhkan. Sudah jelaslah Hadis-hadis yang shahih dalam menghuraikan
soal-soal sebagaimana yang saya sebutkan di atas.
1743.
Dari Abu Barzah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. itu tidak suka tidur sebelum
melakukan shalat Isya' dan juga tidak suka bercakap-cakap sehabis melakukan
shalat Isya' itu. (Muttafaq 'alaih)
1744.
Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersembahyang
Isya' pada akhir hayatnya, lalu setelah bersalam beliau s.a.w. bersabda: "Adakah
engkau semua mengetahui malam hari mu ini. Sesungguhnya pada pangkal seratus
tahun lagi tidak seorang pun yang tertinggal dari golongan orang yang ada di
atas permukaan bumi pada hari ini - yakni di kalangan para sahabat dan manusia
yang Iain-Iain." (Muttafaq 'alaih)
Keterangan: Apa yang disabdakan oleh
Nabi s.a.w. di atas adalah menjadi kenyataan ketika wafatnya sahabat beliau
s.a.w. yang terakhir iaitu Abu ththufail yakni 'Amir bin Wailah. la wafat pada
tahun110 H iaitu pangkal seratus tahun dari ketika beliau s.a.w. menyabdakan
Hadis di atas. Hadis di atas menunjukkan bolehnya bercakap-cakap sehabis shalat
Isya', kerana berhubungan dengan mempelajari ilmu pengetahuan.
1745.
Dari Anas r.a. bahawasanya para sahabat sama menantikan Nabi s.a.w. - untuk
shalat Isya', lalu beliau s.a.w. datang kepada mereka hampir-hampir di
pertengahan malam, kemudian bersembahyanglah beliau bersama mereka - yakni
shalat Isya' itu. Anas r.a. berkata: "Selanjutnya beliau berkhutbah - yakni
memberi penerangan - kepada kita, sabdanya: "Ingat, bahawasanya para manusia -
yang Iain-Iain - sudah sama bersembahyang kemudian tidur, sedangkan engkau semua
tetap dianggap seperti dalam bersembahyang, selama engkau semua menantikan
dikerjakannya shalat itu." (Riwayat Bukhari)
No comments:
Post a Comment