Sunnahnya Wasiat Kepada
Keluarga Orang Yang Sakit Dan Orang Yang Melayani Orang Sakit Itu Supaya Berbuat
Baik Padanya, Menahan Dan Sabar Pada Apa Yang Menyukarkan Perkaranya, juga
Wasiat Untuk Kepentingan Orang Yang Sudah Dekat Sebab Kematiannya Dengan Adanya
Had Atau Qishash Dan Lain-Iain Sebagainya.
910. Dari Imran bin al-Hushain radhiallahu
'anhuma, bahawasa-nya ada seorang wanita dari Juhainah datang kepada Nabi s.a.w.
dan ia sedang hamil kerana zina. Wanita itu lalu berkata: "Ya Rasulullah saya
mengerjakan sesuatu yang menyebabkan saya harus diberi had - yakni hukuman. Maka
dari itu, laksanakanlah hukuman itu pada diriku."
Nabiullah s.a.w. lalu mengundang wali wanita
tadi, lalu bersabda: "Berbuat baiklah pada wanita ini. Jikalau nanti ia telah
melahirkan kandungannya, maka datanglah kepadaku dengan membawa orang ini."
Orang itu melaksanakan semua kehendak beliau s.a.w. - yakni diperlakukan dengan
baik dan setelah bayinya lahir lalu dibawa kepadanya.
Nabi s.a.w. lalu memerintahkan untuk
menghukum orang tadi lalu diikatkanlah pakaiannya pada tubuhnya, seterusnya
menyuruh supaya dirajam dan dirajamlah ia. Kemudian beliau s.a.w. menyembahyangi
janazahnya. (Riwayat Muslim)
No comments:
Post a Comment