Kaifiyat Bersalam -
Disunnahkan agar seseorang yang memulai memberikan salam itu mengucapkan:
Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Jadi ia menggunakan dhamir jamak,
sekalipun orang yang diberi salam hanya seorang. Selanjutnya orang yang harus
memberikan jawaban supaya mengucapkan: Wa 'alaikumus-salam warahma-tuliahi
wabarakatuh. Jadi supaya ia menggunakan wawu athaf dalam ucapannya wa 'alaikum.
848. Dari Imran bin al-Hushain radhiallahu
'anhuma, katanya: Ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w., lalu ia
mengucapkan: Assalamu 'alaikum. Kemudian beliau s.a.w. membalas salam orang tadi
lalu duduk terus bersabda:
"Sepuluh," maksudnya pahalanya dilipatkan
sepuluh kalinya. Selanjutnya datang pula orang lain lalu ia mengucapkan:
Assalamu 'alaikum warahmatullah. Beliau s.a.w. lalu membalas salamnya orang itu,
lalu duduk lagi: "Dua puluh," maksudnya pahalanya dilipatkan dua puluh kali.
Seterusnya ada pula orang lain yang datang, lalu mengucapkan: Assalamu 'alaikum
warahmatullahi wa barakatuh. Kemudian beliau s.a.w. membalas salam orang
tersebut, lalu duduk terus bersabda: "Tiga puluh," maksudnya pahalanya
dilipatkan tiga puluh kali.
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan
Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
849. Dari Aisyah radhiallahu 'anha, katanya:
"Rasulullah s.a.w. Bersabda kepada saya: "Ini Jibril menyampaikan salam padamu."
Aisyah berkata: "Saya berkata: Wa 'alaihis-salam warahmatullahi Wabarakatuh."
(Muttafaq 'alaih)
Demikianlah yang ada dalam sebahagian
beberapa riwayat dua kitab shahih - yakni Shahih Bukhari dan Shahih Muslim -
dengan menggunakan wabarakaatuh, dan dalam sebahagian riwayat dengan membuang
kata-kata itu. Penambahan dari orang yang dapat percaya itu boleh diterima.
850. Dari Anas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w.
itu apabila berbicara mengucapkan sesuatu kalimat, selalulah beliau s.a.w.
mengulangi-nya sampai tiga kali, sehingga dapat dimengerti ucapannya itu dan
apabila beliau s.a.w. itu datang pada sesuatu kaum, lalu beliau memberikan salam
kepada mereka maka salamnya itu pun diucapkannya tiga kali." (Riwayat Bukhari)
Hal yang sedemikian ini ditangguhkan jikalau
kelompok kaum itu memang banyak jumlah orangnya.
851. Dari al-Miqdad r.a. dalam Hadisnya yang
panjang, berkata: "Kita - maksudnya al-Miqdad dengan kawannya - mengaturkan
kepada Nabi s.a.w. akan bahagian yakni berupa susu, kemudian beliau datang di
waktu malam lalu memberi salam dengan suatu ucapan salam yang tidak sampai
membangunkan orang yang tidur, tetapi dapat menperdengarkan kepada orang yang
jaga. Selanjutnya Nabi s.a.w. datang lagi lalu memberi salam sebagaimana
salamnya yang sudah-sudah." (Riwayat Muslim)
852. Dari Asma' binti Yazid radhiallahu
'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. berjalan dalam masjid pada suatu hari dan
di situ ada sekelompok kaum wanita yang sedang duduk-duduk, lalu beliau s.a.w.
memberikan isyarat dengan tangannya dengan disertai ucapan salam pula."
Diriwayatkanoleh Imam Termidzi dan ia
mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
Hal ini ditangguhkan bahawasanya Rasulullah
s.a.w. itu mengumpulkan antara ucapan salam dengan isyarat tangan dan hal yang
sedemikian itu dikuatkan oleh suatu Hadis dalam riwayat Imam Abu Dawud
bahawasanya beliau s.a.w. lalu memberikan salam kepada kita - kaum wanita yang
duduk-duduk tadi.
853. Dari Abu Jurat al-Hujaimi r.a.,
katanya: "Saya mendatangi Rasulullah s.a.w. lalu saya berkata: '"Alaikas-salam
ya Rasulullah." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Janganlah mengucapkan
'Alaikas-salam sebab sesungguhnya, 'Alaikas-salam itu adalah cara penghormatan
kepada orang-orang yang sudah mati."
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan
Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
Keterangannya sudah terdahulu dengan kelengkapannya yang panjang -lihat Hadis
no. 793.
No comments:
Post a Comment