Allah Ta'ala berfirman:
"Apakah barangkali, andaikata engkau semua berkuasa,
maka engkau semua akan membuat kerosakan di bumi dan memutuskan ikatan
kekeluargaanmu semua.
"Orang-orang yang sedemikian itu adalah orang-orang yang
dilaknat oleh Allah, lalu Allah memekakkan pendengaran mereka dan membutakan
penglihatan mereka." (Muhammad:
22-23)
Allah Ta'ala juga berfirman:
"Dan orang-orang yang merosak janji Allah sesudah teguhnya dan
pula
memutuskan apa-apa yang diperintah oleh Allah untuk dihubungkannya serta
membuat kerosakan di bumi, maka mereka itulah yang mendapatkan kelaknatan dan
akan memperolehi kediaman yang buruk." (ar-Ra'ad: 25)
Allah Ta'ala berfirman pula:
"Dan Tuhanmu telah menentukan supaya engkau semua jangan menyembah
melainkan Dia dan supaya engkau semua berbuat baik
kepada kedua orang tua. Dan kalau salah seorang di antara keduanya ada di sisimu
sampai usia tua, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya dengan ucapan
"cis", dan jangan pula engkau menggertak keduanya, tetapi ucapkanlah kepada
keduanya itu ucapan yang mulia - penuh kehormatan.
"Dan turunkaniah sayap kerendahan - maksudnya: Rendahkanlah dirimu -
terhadap kedua orangtuamu itu dengan kasih-sayang dan katakanlah: "Ya Tuhanku,
kasihanilah kedua orangtuaku itu sebagaimana keduanya mengasihi aku di kala aku
masih kecil." (al-lsra': 23-24)
336. Dari Abu Bakrah iaitu Nufai' bin al-Harits r.a'.,
katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidakkah engkau semua suka saya memberitahukan perihal
sebesar-besarnya dosa besar?" Beliau menyabdakan ini sampai tiga kali. Kita-para
sahabat- menjawab: "Baiklah,ya Rasulullah." Beliau s.a.w. bersabda:
"Menyekutukan kepada Allah dan berani kepada kedua
orangtua." Semula beliau
s.a.w. bersandar lalu duduk
kemudian bersabda lagi: "Ingatlah, juga mengucapkan kedustaan serta menyaksikan
secara palsu." Beliau s.a.w. senantiasa mengulang-ulanginya kata-kata yang akhir
ini, sehingga kita mengucapkan: "Alangkah baiknya, jikalau beliau diam berhenti
mengucapkannya." (Muttafaq 'alaih)
337. Dari Abdullah bin Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma dari Nabi
s.a.w, bersabda:
"Dosa-dosa besar itu ialah menyekutukan kepada Allah, berani kepada
kedua orangtua, membunuh seseorang - tidak sesuai dengan haknya - serta
bersumpah secara palsu." (Riwayat Bukhari)
Alyaminul ghamus ialah sesuatu yang
disumpahkan oleh seseorang dengan dusta dan disengaja, dinamakan ghamus, sebab
sumpah sedemikian itu menerjunkan orang yang bersumpah itu ke dalam
dosa.
338. Dari Abdullah bin Amr bin al-'Ash r.a. pula bahawasanya
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Termasuk dalam golongan dosa-dosa besar ialah jikalau seseorang itu
memaki-maki kedua orang tuanya sendiri." Para sahabat bertanya: "Ya
Rasulullah,adakah seseorang itu memaki-maki kedua orang tuanya sendiri." Beliau
s.a.w. menjawab: "Ya, iaitu apabila seseorang itu memaki-maki ayah seseorang,
lalu orang yang dimaki-maki ayahnya itu lalu memaki-maki ayahnya sendiri. Atau
seseorang itu memaki-maki ibu orang lain, lalu orang yang dimaki-maki ibunya
ini, memaki-maki ibunya sendiri." (Muttafaq ''alaih)
Dalam riwayat lain disebutkan:
"Sesungguhnya termasuk sebesar-besarnya dosa besar ialah apabila
seseorang itu melaknat kepada kedua orang tuanya sendiri." Beliau s.a.w.
ditanya: "Ya Rasulullah, bagaimanakah seseorang itu melaknat kedua orang tuanya
sendiri?" Beliau s.a.w. bersabda: "Iaitu orang tadi memaki-maki ayah orang lain,
lalu orang ini memaki-maki ayahnya sendiri atau orang itu memaki-maki ibu orang
lain, lalu orang ini memaki-maki ibunya sendiri."
339. Dari Abu Muhammad, iaitu Jubair bin Muth'im r.a.
bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak akan masuk syurga seseorang yang memutuskan." Sufyan
berkata dalam riwayatnya bahawa yang dimaksudkan ialah memutuskan ikatan
kekeluargaan. (Muttafaq 'alaih)
340. Dari Abu Isa, iaitu al-Mughirah bin Syu'bah r.a. dari Nabi
s.a.w., sabdanya:
"Sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu semua akan berani kepada
para ibu,juga mencegah - tidak melaksanakan apa-apa yang wajib atas dirinya,
meminta yang bukan miliknya serta menanam anak-anak perempuan hidup-hidup. Allah
membenci kepada kata-kata qil wa qal - yakni: katanya dari si Anu, ujarnya dari
si Anu, tetapi tidak ada kepastiannya, juga memperbanyak pertanyaan serta
menyia-nyiakan harta dibelanjakan kepada sesuatu yang bukan
semestinya." (Muttafaq 'alaih)
Sabda Nabi s.a.w. man'an ialah mencegah atau tidak menunaikan
apa-apa yang diwajibkan atau yang sudah menjadi kewajipan dirinya. Hati ertinya
meminta yang bukan milik atau haknya, Wa'dul banal, iaitu menanam
anak-anak perempuan dengan hidup-hidup. Qil wa qal
maknanya ialah segala sesuatu yang didengarnya - sekalipun belum
pasti kebenarannya. Orang yang suka qil wa qal itu suka mengatakan: "Dikatakan
oleh si Fulan itu begini, atau si Fulan itu
berkata demikian, semua
kata-kata itu tidak dapat
diketahui kebenarannya atau bahkan tidak disangka bahawa kata-kata itu benar.
Cukuplah seseorang itu disebut berdusta, jikalau ia mempercakapkan segala apa
yang didengarnya. Idha'atul mal, iaitu ditabzirkan,diobralkan atau
dibelanjakan untuk jurusan-jurusan yang tidak diizinkan oleh syariat, iaitu baik
yang berhubungan dengan tujuan-tujuan keakhiratan atau keduniaan, atau tidak
suka menyimpannya, padahal mungkin sekali untuk disimpan - yakin ia kuasa
menyimpan. Katsratus sual,
yakni banyak bertanya atau
meminta sesuatu yang ia sendiri tidak memerlukan itu.
Dalam bab ini masih banyak lagi Hadis-hadis yang sudah disebutkan
dalam bab .sebelumnya seperti Hadis - yang ertinya: "Dan Aku memutuskan orang
yang memutuskan engkau - kekeluargaan, juga Hadis - yang ertinya: "Barangsiapa
yang memutuskan aku - kekeluargaan, maka Allah memutuskan ia - lihat
Hadis-hadis no. 315 dan 323.
No comments:
Post a Comment