Allah Ta'ala berfirman:
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin-pemimpin atas kaum wanita
- isteri-isterinya, kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka dari yang
lainnya, juga kerana kaum lelaki itu telah menafkahkan dari sebahagian hartanya.
Oleh sebab itu kaum wanita yang shalihah ialah yang taat serta menjaga dirinya
di waktu ketiadaan suaminya, sebagaimana yang diperintah untuk menjaga dirinya
itu oleh Allah." (an-Nisa':34)
Keterangan:
Menilik isi yang tersirat dalam ayat di atas, maka Allah Ta'ala sudah
memberikan ketentuan yang tidak dapat diubah-ubah atau sudah merupakan
sunatullah, iaitu bahawa keharmonian rumahtangga itu, manakala lelaki dapat
menguasai seluruh hal-ehwal rumahtangga, dapat mengatur dan mengawasi isteri
sebagai kawan hidupnya dan menguasai segala sesuatu yang masuk dalam urusan
rumahtangganya itu sebagaimana pemerintah yang baik, pasti dapat menguasai dan
mengatur sepenuhnya perihal keadaan rakyat.
Manakala ini terbalik, misalnya isteri yang menguasai suami, atau
sama-sama berkuasanya, sehingga seolah-olah tidak ada pengikut dan yang diikuti,
tidak ada pengatur dan yang diatur, sudah pasti keadaan rumahtangga itu menemui
kericuan dan tidak mungkin ada ketenangan dan ketenteraman di
dalamnya.
Ringkasnya para suamilah yang wajib menjadi Qawwaamuun, yakni
penguasa, khususnya kepada isterinya. Ini dengan jelas diterangkan oleh Allah
perihal sebab-sebabnya, iaitu kaum lelakilah yang dikurniai Allah Ta'ala akal
yang cukup sempurna, memiliki kepandaian dalam mengatur dan menguasai segala
persoalan, juga kekuatannya pun dilebihkan oleh Allah bila dibandingkan dengan
kaum wanita, baik dalam segi pekerjaan ataupun peribadatan dan ketaatan kepada
Tuhan. Selain itu suami mempunyai pertanggunganjawab penuh untuk mencukupi
nafkah seluruh isi rumahtangga itu.
Oleh sebab itu isteri itu baru dapat dianggap shalihah, apabila ia
selalu taat pada Allah, melaksanakan hak-hak suami, memelihara diri di waktu
suaminya tidak di rumah dan tidak seenaknya saja dalam hal memberikan harta yang
menjadi milik suaminya itu. Dengan demikian isteri itu pun pasti akan dilindungi
oleh Allah dalam segala hal dan keadaan, juga ditolong untuk dapat melaksanakan
tanggungjawabnya yang dipikulkan kepadanya mengenai urusan rumahtangganya
itu.
Adapun Hadis-hadisnya, maka di antaranya ialah Hadisnya 'Amr bin
al-Ahwash di muka dalam bab sebelum ini - lihat Hadis no. 276.
282. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w.
bersabda:
"Jikalau seseorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidurnya,
tetapi isteri itu tidak mendatangi ajakannya tadi, lalu suami itu menjadi marah
pada malam harinya itu, maka para malaikat melaknati - mengutuk - isteri itu
sampai waktu pagi." (Muttafaq 'alaih)
Dalam riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim yang lain lagi, disebutkan
demikian: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Apabila seseorang isteri meninggalkan tempat tidur suaminya pada
malam harinya, maka ia dilaknat oleh para malaikat sampai waktu
pagi."
Dalam riwayat lain lagi disebutkan sabda Rasulullah s.a.w.
demikian:
Demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaanNya, tiada
seseorang lelaki pun yang mengajak isterinya untuk datang di tempat tidurnya,
lalu isteri itu menolak ajakannya, melainkan semua penghuni yang ada di langit -
yakni para malaikat - sama murka pada wanita itu sehingga suaminya rela padanya
- yakni mengampuni kesalahannya."
283. Dari Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah s.a.w.
bersabda:
"Tiada halal - yakni haram - bagi seorang isteri untuk berpuasa -
sunnat - sedangkan suaminya menyaksikan - yakni ada, melainkan dengan izin
suaminya itu dan tidak halal mengizinkan seseorang lelaki lain pun untuk masuk
rumahnya - baik lelaki lain mahramnya atau bukan, kecuali dengan izin suaminya."
(Muttafaq 'alaih)
Dan yang di atas itu lafaznya Imam Bukhari.
284. Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w.
sabdanya:
"Semua orang dari engkau sekalian itu adalah pemimpin dan semuanya
saja akan ditanya perihal pimpinannya. Seorang amir - pemerintah - adalah
pemimpin, orang lelaki juga pemimpin pada keluarga rumahnya, orang perempuan pun
pemimpin pada rumah suaminya serta anaknya. Maka dari itu semua orang dari
engkau sekalian itu adalah pemimpin dan semua saja akan ditanya perihal
pimpinannya." (Muttafaq 'alaih)
285. Dari Abu Ali, iaitu Thalq bin Ali r.a. bahawasanya Rasulullah
s.a.w. bersabda:
"Jikalau seseorang lelaki mengajak isterinya untuk keperluannya -
masuk ke tempat tidur - maka wajiblah isteri itu mendatangi - mengabulkan -
kehendak suaminya itu, sekalipun di saat itu isteri tadi sedang ada di
dapur."
Diriwayatkan oleh Imam-Imam Tirmidzi dan an-Nasa'i dan Tirmidzi
berkata bahawa ini adalah Hadis hasan.
286. Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Andaikata
saya boleh menyuruh seseorang untuk bersujud kepada orang lain, nescayalah saya
akan menyuruh isteri supaya bersujud kepada suaminya."
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah
Hadis hasan shahih.
287. Dari Ummu Salamah radhiallahu 'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w.
bersabda:
"Mana saja wanita yang meninggal dunia sedang suaminya rela padanya -
tidak sedang mengkal padanya, maka wanita itu akan masuk syurga."
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah
Hadis hasan.
289. Dari Usamah bin Zaid radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w.,
sabdanya:
"Saya tidak meninggalkan sesuatu fitnah sepeninggalku nanti yang
fitnah itu Iebih besar bahayanya untuk dihadapi oleh kaum lelaki, Iebih hebat
dari fitnah yang ditimbulkan oleh kerana persoalan orang-orang perempuan."
(Muttafaq 'alaih) [30]
288. Dari Mu'az bin Jabal r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidaklah
seseorang isteri itu menyakiti pada suaminya di dunia - baik hati atau badannya,
melainkan isterinya yang dari bidadari yang membelalak matanya itu berkata:
"Janganlah engkau menyakiti ia, semoga engkau mendapat siksa Allah. Hanyasanya
ia di dunia itu adalah sebagai tamu bagimu, yang hampir sekali akan berpisah
denganmu untuk menemui kita."
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah
Hadis hasan.
No comments:
Post a Comment