Muraqabah (Pengintaian)
Allah Ta'ala
berfirman:
"Dialah yang
melihatmu ketika engkau berdiri dan juga gerak tubuhmu di antara orang-orang
yang bersujud." (asy-Syu'ara': 218-219)
Allah Ta'ala
berfirman pula:
"Dan Dia
adalah besertamu di mana saja engkau semua berada." (al-Hadid: 4)
Allah Ta'ala
berfirman lagi:
"Sesungguhnya
bagi Allah tidak ada sesuatu yang tersembunyi baik di bumi ataupun di
langit."(ali-lmran: 5)
Lagi firmannya
Allah Ta'ala:
"Sesungguhnya
Tuhanmu itu nescaya tetap mengintipnya." (al-Fajar: 14)
Juga firmannya
Allah Ta'ala:
"Dia Maha
Mengetahui akan kekhianatan mata - maksudnya pandangan mata kepada sesuatu yang
diiarang atau kerlingan mata sebagai ejekan dan lain-lain perbuatan yang tidak
baik - dan apa saja yang tersembunyi dalam hati.” (al-Mu'min: 19)
Ayat-ayat yang
mengenai bab ini banyak sekali dan kiranya dapat dimaklumi.
Adapun Hadis-hadisnya ialah:
60. Pertama: Dari Umar bin Alkhaththab
r.a., katanya: "Pada suatu ketika kita semua duduk di sisi Rasulullah
s.a.vv. yakni pada suatu hari, tiba-tiba muncullah di muka kita seorang lelaki
yang sangat putih pakaiannya dan sangat hitam warna rambutnya, tidak tampak
padanya bekas perjalanan dan tidak seorang pun dari kita semua yang mengenalnya,
sehingga duduklah orang tadi di hadapan Nabi s.a.w. lalu menyandarkan kedua
lututnya pada kedua lutut beliau dan meletakkan kedua tangannya di atas kedua
pahanya sendiri dan berkata: "Ya Muhammad, beritahukanlah padaku tentang
Islam." Rasulullah s.a.w. lalu bersabda:
"Islam, iaitu hendaknya engkau
menyaksikan bahawa tiada piihan kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan
Allah, hendaklah pula engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa
bulan Ramadhan dan melakukan haji ke Baitullah jikalau engkau kuasa jalannya ke
situ."
Orang itu berkata:
"Tuan benar."
Kita semua hairan
padanya, kerana ia bertanya dan juga membenarkannya. Ia berkata lagi:
"Kemudian beritahukanlah padaku tentang Iman."
Rasulullah s.a.w.
bersabda:
"Iaitu hendaklah engkau beriman
kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari
penghabisan - kiamat - dan hendaklah engkau beriman pula kepada takdir, yang
baik ataupun yang buruk - semuanya dari Allah jua."
Orang itu berkata:
"Tuan benar." Kemudian katanya lagi:
"Kemudian
beritahukanlah padaku tentang Ihsan."
Rasulullah s.a.w. menjawab: "Iaitu
hendaklah engkau menyembah kepada Allah seolah-olah engkau dapat melihatNya,
tetapi jikalau tidak dapat seolah-olah melihatNya, maka sesungguhnya Allah itu
dapat melihatmu."
Ia berkata:
"Tuan benar." Katanya lagi: "Kemudian beritahukanlah padaku
tentang hari kiamat."
Rasulullah s.a.w. menjawab: "Orang
yang ditanya - yakni beliau s.a.w. sendiri - tentulah tidak lebih tahu dari
orang yang menanyakannya - yakni orang yang datang tiba-tiba tadi.
Orang itu berkata
pula: "Selanjutnya beritahukanlah padaku tentang alamat-alamatnya hari
kiamat itu."
Rasulullah s.a.w.
menjawab:
"Iaitu apabila seorang hamba sahaya
wanita melahirkan tuan puterinya - maksudnya hamba sahaya itu dikahwin oleh
pemiliknya sendiri yang merdeka, lalu melahirkan seorang anak perempuan.
Anaknya ini dianggap merdeka juga dan dengan begitu dapat dikatakan hamba
sahaya perempuan melahirkan tuan puterinya - dan apabila engkau melihat
orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang-telanjang, miskin-miskin dan
sebagai penggembala kambing sama bermegah-megahan dalam gedung-gedung yang
besar - kerana sudah menjadi kaya-raya dan bahkan menjabat sebagai
pembesar-pembesar negara."
Selanjutnya orang
itu berangkat pergi. Saya - yakni Umar r.a. - berdiam diri beberapa saat
lamanya, kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hai Umar, adakah engkau
mengetahui siapakah orang yang bertanya tadi?" Saya menjawab: "Allah
dan RasulNyalah yang lebih mengetahuinya." Rasulullah s.a.w. lalu
bersabda: "Sesungguhnya orang tadi adalah malaikat Jibril, ia datang untuk
memberikan pelajaran tentang agama kepadamu semua." (Riwayat Muslim)
Makna Talidulamatu
rabbatahaa, yakni tuan puterinya. Adapun pengertiannya ialah oleh sebab
banyaknya hamba sahaya perempuan sehingga budak-budak tersebut melahirkan
puteri untuk tuan yang memilikinya. Puteri tuannya itu sama kedudukannya dengan
tuannya sendiri. Tetapi ada sebahagian ulama yang mengatakan tidak sedemikian
itu maksudnya. Al-'Aalah, ialah golongan orang-orang fakir. Adapun kata Maliyyan
ertinya waktu yang lama, iaitu sampai tiga hari tiga malam lamanya.
Keterangan:
Sebabnya Sayidina Umar kehairanan kerana
orang yang bertanya itu semestinya belum mengerti apa yang ditanyakan, tetapi
anehnya setelah diberi jawapan, tiba-tiba penanya itu berkata: "Tuan
benar," dan kata-kata sedemikian ini tentulah menunjukkan bahawa penanya
itu telah mengerti. Barulah kehairanan Sayidina Umar itu lenyap setelah
diberitahu bahawa yang bertanya tadi sebenarnya adalah Jibril a.s. yang
kedatangannya memang sengaja hendak mengajarkan soal-soal keagamaan kepada para
sahabat Rasulullah s.a.w.
Dalam Hadis di
atas, ada beberapa hal yang penting kita ketahui, iaitu:
(a)
Mendirikan shalat ertinya tidak semata-mata menjalankan shalat saja, tetapi
harus dipenuhi pula syarat-syarat serta rukun-rukunnya dan ditepatkan selalu
menurut waktu-waktunya.
(b) Percaya kepada Allah yakni
meyakinkan bahawa Allah itu ada (jadi jangan beranggapan bahawa Allah itu tidak
ada seperti faham komunis), dan lagi Allah itu bersifat dengan semua sifat
kemuliaan, keagungan dan kesempurnaan serta terjauh dari semua sifat
kekurangan, kehinaan dan kerendahan.
(c) Malak ialah
makhluk Allah yang dibuat daripada nur (cahaya) dan tidak berjejal-jejal
seperti cahaya lampu yang memenuhi rumah. Dengan cahaya seribu lampu, belum
juga sesak rumah itu. Dengan ini teranglah apa yang dimaksud dalam sebuah
Hadis:
Ertinya:
"Bahawasanya Allah itu mempunyai
malaikat, ada yang memenuhi sepertiga alam, ada yang
memenuhi dua pertiga alam dan ada yang memenuhi alam seluruhnya."
Adapun erti iman
kepada malaikat ialah harus percaya bahawa mereka itu benar-benar ada dan
bahawa mereka itu adalah hamba-hamba Allah yang dimuliakan. Malak itu
sebenarnya kata mufrad dan jamaknya berbunyi malaikat.
(d) Percaya kepada
kitab-kitab Allah ialah meyakinkan betul-betul bahawa kitab-kitab suci itu
adalah firman Allah yang sebenar-benarnya yang diturunkan pada Rasul-rasulNya
dengan jalan wahyu dan meyakinkan pula bahawa isi yang terkandung di dalamnya
ttu semua benar.
(e) Percaya kepada para Rasul
ertinya beri'tikad seteguh-teguhnya bahawa apa yang mereka bawa itu memang
sebenarnya dari Allah Ta'ala.
(f) Hari
Akhir ialah hari Kiamat. Iman dengan hari kiamat ertinya mempercayai
betul-betul akan terjadinya hari penghabisan itu dan apa saja yang terjadi
sesudahnya, misalnya Hasyar (akan dikumpulkannya semua makhluk di padang
mahsyar), Hisab (semua amal akan diperhitungkan), Mizan (amal-amal akan ditimbang
dalam neraca), menyeberangi jambatan yang disebut Shirath dan kemudian ada yang
masuk Jannah (syurga), ada pula yang terus terjun ke (neraka) dan lain-lain hal
lagi.
(g) Qadar
ialah ketentuan dari Allah sebelum Allah membuat semua makhluk ini, yang baik
mahupun yang jahat. Jadi segala macam adalah dengan kehendak Allah yang telah
dipastikan sejak zaman azali dulu iaitu zaman sebelum Allah membuat apa-apa.
Tetapi kita jangan lupa berikhtiar, kerana kita telah diberi akal oleh Allah
untuk mengusahakan bagaimana jalannya agar kita tetap bernasib baik dan terjauh
dari nasib buruk. Kita tetap harus berdaya upaya selama hayat dikandung badan.
(h) Dengan cara
ibadat sebagaimana yang terkandung dalam erti kata Ihsan ini, maka tentu akan
khusyuklah kita sewaktu menyembah Allah itu. Kalau dapat seolah-olah tahu pada
Allah, ini namanya Mukasyafah (terbuka dari semua tabir yang menutup) dan kalau
mengangan-angankan bahawa Allah tetap melihat kita, ini namanya Muraqabah
(mengintai-intainya Allah pada kita).
(i) Tanda-tanda
yang dimaksud ini ialah tanda-tanda kecil sebab datangnya hari kiamat itu ada
tanda-tandanya yang kecil dan ada tanda-tandanya yang besar. Tanda-tanda kecil
ertinya datangnya itu masih agak jauh, tetapi bila tanda-tanda besar telah
nampak, maka itulah yang menunjukkan bahawa hari kiamat telah sangat dekat
sekali saat terjadinya.
(j) Hamba sahaya perempuan melahirkan
tuannya - ertinya, banyak sahaya perempuan itu yang dikahwin oleh raja-raja
atau pejabat-pejabat tinggi lalu melahirkan anak-anak perempuan sehingga
anak-anaknya itu pun akan berkedudukan sebagaimana ayahnya.
(k) Orang yang tak beralas kaki,
telanjang, miskin serta penggembala kambing sama bermegah-megah dalam
gedung-gedung besar, maksudnya ialah bahawa yang asalnya hanya penggembala yang
miskin hingga seolah-olah tak pernah beralas kaki dan pakaiannya hampir-hampir
tidak ada (boleh dikata telanjang) tiba-tiba menjadi pembesar-pembesar negeri
dan mendiami gedung-gedung besar lagi indah dan sama berkuasa serta kaya raya.
Dengan demikian, keadaan negeri lalu rosak binasa sebab sesuatu perkara semacam
pemerintahan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, sebagaimana dalam
sebuah Hadis diterangkan:
Ertinya:
"Apabita
sesuatu perkara itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah
saat kerosakannya."
Dengan ini
tahulah kita bahawa Islam itu mengandungi tiga unsur yang utama yakni:
A. 5 Arkanul
Islam, B. 6 Arkanul lman dan C. 2 Arkanul Ihsan.
61. Kedua: Dari Abu Zar, iaitu Jundub bin
Junadah dan Abu Abdur Rahman iaitu Mu'az bin Jabal radhiallahu 'anhuma dari
Rasulullah s.a.w. sabdanya:
"Bertaqwalah kepada Allah di mana
saja engkau berada dan ikutilah perbuatan buruk itu dengan perbuatan baik, maka
kebaikan itu dapat menghapuskan keburukan tadi dan pergaulilah para
manusia dengan budi pekerti yang bagus."
Diriwayatkan oleh
Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
Keterangan:
Hadis ini
mengandungi tiga macam unsur, yakni bertaqwa kepada Allah, kebaikan diikutkan
sesudah mengerjakan keburukan dan perintah bergaul dengan baik antara seluruh
ummat manusia. Mengenai yang ketiga tidak kami jelaskan lebih panjang, sebab
masing-masing bangsa tentu memiliki cara-cara atau adat-istiadat sendiri. Namun
demikian juga mesti dilaksanakan dengan mengikuti ajaran-ajaran yang ditetapkan
oleh agama Islam, sehingga tidak melampaui batas, akhirnya terperosok dalam
hal-hal yang diharamkan oleh Allah Ta'ala. Jadi di bawah ini akan dihuraikan
perihal yang dua buah unsur saja, iaitu:
(a) Takut pada Allah atau Taqwallah adalah
satu kata yang menghimpun erti yang sangat dalam sekali, pokoknya ialah
mengikuti dan mengamalkan semua perintah Allah dan menjauhi serta menahan diri
dari melakukan larangan-laranganNya. Dengan demikian terjagalah jiwa dan
terpeliharalah hati manusia dari kemungkaran, kemaksiatan, kemusyrikan yang
terang (jali) atau yang tidak terang (khafi), juga terhindar dari kekufuran dan
kemurtadan. Tuhan tentu akan
melindungi orang yang taqwa itu dari semuanya tadi. Tentang ini Allah telah
berfirman:
"Sesungguhnya
Allah adalah beserta orang-orang yang taqwa dan orang-orang yang sama berlaku
baik."
(b) Mengikutkan kebaikan sesudah melakukan
kejahatan itu misalnya ialah bertaubat, kerana dengan demikian lenyaplah
segenap kesalahan yang kita lakukan, asalkan kita bertaubat itu dengan
sebenar-benarnya, sebagaimana firman Allah:
Ertinya:
"Melainkan
orang yang bertaubat dan beriman dan beramal shalih, maka mereka itu
keburukan-keburukannya akan diganti oleh Allah dengan kebaikan-kebaikan."
62. Ketiga: Dari Ibnu Abbas radhiallahu
'anhuma, katanya: "Saya berada di belakang Nabi s.a.w. - dalam kenderaan
atau membonceng - pada suatu hari, lalu beliau bersabda:
"Hai anak,
sesungguhnya saya hendak mengajarkan kepadamu beberapa kalimat iaitu:
Peliharalah Allah
- dengan mematuhi perintah-perintahNya serta menjauhi larangan-laranganNya,
pasti Allah akan memeliharamu, peliharalah Allah, pasti engkau akan dapati Dia
di hadapanmu. Jikalau engkau meminta, maka mohonlah kepada Allah dan jikalau
engkau meminta pertolongan, maka mohonkanlah pertolongan itu kepada Allah pula.
Ketahuilah bahawasanya sesuatu ummat -
yakni makhluk seluruhnya - ini, apabila berkumpul - bersepakat - hendak
memberikan kemanfaatan padamu dengan sesuatu - yang
dianggapnya bermanfaat untukmu, maka mereka itu tidak akan dapat memberikan
kemanfaatan itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah
untukmu. Juga jikalau ummat-seluruh makhluk - itu berkumpul - bersepakat -
hendak memberikan bahaya padamu dengan sesuatu - yang dianggap berbahaya
untukmu, maka mereka itu tidak akan dapat memberikan bahaya itu, melainkan
dengan sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah untukmu. Pena telah
diangkat - maksudnya ketentuan - ketentuan telah ditetapkan - dan
lembaran-lembaran kertas telah kering - maksudnya catatan-catatan di Lauh
Mahfuzh sudah tidak dapat diubah lagi."
Diriwayatkan oleh
Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
Dalam riwayat
selain Termidzi disebutkan:
"Peliharalah
Allah, maka engkau akan mendapatkanNya di hadapanmu. Berkenalanlah kepada Allah
- yakni tahulah kewajiban-kewajiban yang harus ditunaikan untuk Allah - di
waktu engkau dalam keadaan lapang - sihat, kaya dan lain-lain, maka Allah akan
mengetahuimu - memerhatikan nasibmu - di waktu engkau dalam keadaan kesukaran -
sakit, miskin dan lain-lain.
Ketahuilah bahawa apa-apa yang terlepas
daripadamu itu -keuntungan atau bahaya, tentu tidak akan mengenaimu dan apa-apa
yang mengenaimu itu pasti tidak akan dapat terlepas daripadamu.
Ketahuilah bahawa
pertolongan itu beserta kesabaran dan bahawasanya kelapangan itu beserta
kesukaran dan bahawasanya beserta kesukaran itu pasti ada kelonggaran."
Keterangan:
Hal-hal yang perlu
dimaklumi dalam Hadis ini ialah:
(a) Ada di
belakang Nabi s.a.w. maksudnya ialah membonceng waktu naik bighal
(semacam kuda) dengan duduk di belakang beliau.
(b) Peliharalah Allah, yakni
peliharalah perintah-perintah dan larangan-larangan Allah serta berhati-hatilah
pada kedua macam hal itu, pasti engkau dijaga olehNya dalam duniamu, agamamu,
dirimu dan keluargamu.
(c) Ummat ialah semua makhluk yang dimaksudkan.
(d)
Pena-pena telah diangkat, ertinya
ketentuan-ketentuan telah tetap.
(e) Kertas-kertas
telah kering maksudnya catatan-catatan semua yang ada di dalam dunia semesta
ini (sebagaimana yang tertera di
Lauh Mahfuzh)
tentu saja tak ada yang dapat mengubah takdir-takdir dari Allah itu
kecuali yang dikehendaki olehNya sendiri sebagaimana firmanNya:
Ertinya:
"Allah
menghapus serta menetapkan apa saja yang dikehendaki olehNya dan di sisi
Allahlah ummul kitab atau pokok Catalan. Ummul kitab ini adalah ilmu Allah yang
qadim (dahulu) sejak zaman azali (sebelum ada apa-apa kecuali Allah)."
(f) Selain
Tirmidzi yakni 'Abd bin Humaid dan juga Imam Ahmad.
(g) Suka mengenai
pada Allah ertinya senantiasa mendekat dan taat padaNya. Kalau kita suka
demikian ketika kita dalam keadaan lapang (banyak rezeki dan badan sihat), maka
Allah pasti suka melihat kita yakni mahu memberi pertolongan pada kita apabila
kita dalam keadaan sukar pada suatu waktu.
(h) Suatu yang telah ditentukan oleh Allah
(sejak zaman azali) akan lepas dari kita, (tidak dapat kita capai), sudah tentu
selamanya barang itu tetap lepas dari kita yakni tidak dapat mengenai kita
(kita peroleh). Demikian pula sebaliknya, iaitu bahawa sesuatu yang telah
ditentukan akan kita dapatkan, maka bagaimanapun juga tidak akan lepas dari
kita.
(i) Pertolongan
Allah beserta kesabaran yakni bila kita ingin pertolongan dari Allah, haruslah
kita sabar.
(j) Kelapangan
beserta kesusahan dan nanti pasti ada kelonggaran yakni manusia itu tidak mungkin
akan terus menerus susah dan sukar, insya Allah pada suatu ketika ia akan
menemui kelapangan dan kelonggaran juga.
63. Keempat: Dari Anas r.a., katanya:
"Sesungguhnya engkau semua pasti melakukan berbagai amalan - yang
diremehkannya sebab dianggap dosa kecil-kecil saja, yang amalan-amalan itu
adalah lebih halus - lebih kecil - menurut pandangan matamu daripada sehelai
rambut. Tetapi kita semua di zaman Rasulullah s.a.w. menganggapnya termasuk
golongan dosa-dosa yang merosakkan - menyebabkan kecelakaan dan
kesengsaraan."
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan ia
mengatakan bahawa erti Almubiqat ialah apa-apa yang merosakkan.
64. Kelima: Dari Abu Hurairah r.a. dari
Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesungguhnya Allah Ta'ala itu cemburu dan
kecemburuan Allah Ta'ala itu ialah apabila
seseorang manusia mendatangi -mengerjakan - apa-apa yang
diharamkan oleh Allah atasnya." (Muttafaq 'alaih)
65. Keenam:
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ia mendengar Nabi s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya
ada tiga orang dari kaum Bani Israil, iaitu orang sopak - yakni belang-belang
kulitnya, orang botak dan orang buta. Allah hendak menguji mereka itu, kemudian
mengutus seorang malaikat kepada mereka. Ia mendatangi orang supak lalu
berkata: "Keadaan yang bagaimanakah yang amat tercinta bagimu?" Orang
supak berkata: "Warna yang baik dan kulit yang bagus, juga lenyaplah
kiranya penyakit yang menyebabkan orang-orang merasa jijik padaku ini."
Malaikat itu lalu mengusapnya dan lenyaplah kotoran-kotoran itu dari tubuhnya dan
dikurniai -oleh Allah Ta'ala - warna yang baik dan kulit yang bagus. Malaikat
itu berkata pula: "Harta macam apakah yang amat tercinta bagimu?"
Orang itu menjawab: "Unta." Atau katanya: "Lembu," yang
merawikan Hadis ini sangsi - apakah unta ataukah lembu. Ia lalu dikurniai unta
yang bunting, kemudian malaikat berkata: "Semoga Allah memberi keberkahan
untukmu dalam unta ini."
Malaikat itu
seterusnya mendatangi orang botak, kemudian berkata: "Keadaan yang
bagaimanakah yang amat tercinta bagimu?" Orang botak berkata: "Rambut
yang bagus dan lenyaplah kiranya apa-apa yang menyebabkan orang-orang merasa
jijik padaku ini." Malaikat itu lalu mengusapnya dan lenyaplah botak itu
dari kepalanya dan ia dikurnia rambut yang bagus. Malaikat berkata pula:
"Harta macam apakah yang amat tercinta bagimu?" Ia berkata:
"Lembu." la pun lalu dikurnia lembu yang bunting dan malaikat itu
berkata: "Semoga Allah memberikan keberkahan untukmu dalam lembu
ini."
Akhirnya malaikat
itu mendatangi orang buta lalu berkata: "Keadaan bagaimanakah yang amat tercinta
bagimu?" Orang buta menjawab: "Iaitu hendaknya Allah mengembalikan
penglihatanku padaku sehingga aku dapat melihat semua orang." Malaikat
lalu mengusapnya dan Allah mengembalikan lagi penglihatan padanya. Malaikat
berkata pula: "Harta macam apakah yang amat tercinta bagimu?" Ia
menjawab: "Kambing." la pun dikurnia kambing yang bunting - hampir
beranak.
Yang dua ini -
unta dan lembu melahirkan anak-anaknya dan yang ini - kambing - juga melahirkan
anaknya. Kemudian yang seorang - yang supak - mempunyai selembah penuh unta dan
yang satunya lagi - yang botak - mempunyai selembah lembu dan yang lainnya lagi
- yang buta - mempunyai selembah kambing.
Malaikat itu lalu mendatangi lagi orang -
yang asalnya - supak dalam rupa seperti orang supak itu dahulu keadannya -
yakni berpakaian serba buruk - dan berkata: "Saya adalah orang miskin,
sudah terputus semua sebab-sebab untuk dapat memperolehi rezeki bagiku dalam
berpergianku ini. Maka tidak ada yang dapat menyampaikan maksudku pada hari ini kecuali Allah
kemudian dengan pertolongan mu pula. Saya meminta padamu dengan atas nama Allah
yang telah mengurniakan padamu warna yang baik dan kulit yang bagus dan pula
harta yang banyak, sudi kiranya engkau menyampaikan maksudku dalam berpergianku
ini - untuk sekadar bekal perjalanannya." Orang supak itu menjawab:
"Keperluan-keperluanku masih banyak sekali." Jadi enggan memberikan
sedekah padanya. Malaikat itu berkata lagi: "Seolah-olah saya pernah
mengenalmu. Bukankah engkau dahulu seorang yang berpenyakit supak yang dijijiki
oleh seluruh manusia, bukankah engkau dulu seorang fakir, kemudian Allah
mengurniakan harta padamu?" Orang supak dahulu itu menjawab: "Semua
harta ini saya mewarisi dari nenek-moyangku dulu dan mereka pun dari
nenek-moyangnya pula." Malaikat berkata pula: "Jikalau engkau
berdusta dalam pendakwaanmu - huraianmu yang menyebutkan bahawa harta itu
adalah berasal dari warisan, maka Allah pasti akan menjadikan engkau kembali
seperti keadaanmu semula.
Malaikat itu selanjutnya mendatangi orang
- yang asalnya -botak, dalam rupa - seperti orang botak dulu - dan keadaannya
-yang hina dina, kemudian berkata kepadanya sebagaimana yang dikatakan kepada
orang supak dan orang botak itu menolak permintaannya seperti halnya orang
supak itu pula. Akhirnya malaikat itu berkata: "Jikalau engkau berdusta,
maka Allah pasti akan menjadikan engkau kembali sebagaimana keadaanmu
semula."
Seterusnya malaikat itu mendatangi orang -
yang asalnya - buta dalam rupanya - seperti orang buta itu dahulu - serta
keadaannya - yang menyedihkan, kemudian ia berkata: "Saya adalah orang
miskin dan anak jalan - maksudnya sedang bepergian dan kehabisan bekal, sudah
terputus semua sebab-sebab untuk dapat memperoleh rezeki bagiku dalam
berpergianku ini, maka tidak ada yang dapat menyampaikan maksudku pada hari
ini, kecuali Allah kemudian dengan pertolonganmu pula. Saya meminta padamu dengan
atas nama Allah yang mengembalikan penglihatan untukmu iaitu seekor kambing
yang dapat saya gunakan untuk menyampaikan tujuanku dalam berpergian ini."
Orang buta dahulu itu berkata: "Saya dahulu pernah menjadi orang buta,
kemudian Allah mengembalikan penglihatan padaku. Maka oleh sebab itu ambillah
mana saja yang engkau inginkan dan tinggalkanlah mana saja yang engkau
inginkan. Demi Allah saya tidak akan membuat kesukaran padamu - kerana tidak
meluluskan permintaanmu -pada hari ini dengan sesuatu yang engkau ambil kerana
mengharapkan keredhaan Allah 'Azzawajalla."
Malaikat itu lalu berkata: "Tahanlah
hartamu - ertinya tidak diambil sedikitpun, sebab sebenarnya engkau semua ini
telah diuji, kemudian Allah telah meredhai dirimu dan memurkai pada dua orang
sahabatmu - yakni si supak dan si botak." [8]<!--[endif]--> (Muttafaq
alaih)
Dalam riwayat Imam
Bukhari kata-kata: La ajhaduka, yang ertinya: "Aku tidak akan
membuat kesukaran padamu", itu diganti: La ahmaduka, ertinya:
"Aku tidak memujimu - menyesali diriku - sekiranya hartaku tidak ada yang
engkau tinggalkan kerana engkau memerlukannya." [9]
66. Ketujuh: Dari
Abu Ya'la iaitu Syaddad bin Aus r.a.dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Orang yang cerdik - berakal - ialah
orang yang memperhitungkan keadaan dirinya dan suka beramal untuk mencari bekal
sesudah matinya, sedangkan orang yang lemah ialah orang yang dirinya selalu
mengikuti hawa nafsunya dan mengharap-harapkan kemurahan atas Allah - yakni
mengharap-harapkan kebahagiaan dan pengampunan di akhirat, tanpa beramal
shalih."
Diriwayatkan oleh
Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
Imam Tirmidzi dan
lain-lain ulama mengatakan bahawa makna Daana nafsahu ertinya membuat
perhitungan pada diri sendiri.
67. Kedelapan:
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Setengah daripada kebaikan keislaman
seseorang ialah apabila ia suka meninggalkan apa-apa yang tidak memberikan
kemanfaatan padanya - yakni ia tidak memerlukan untuk mencampuri urusan itu. Ini adalah Hadis
hasan yang diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan lain-lain.
Keterangan:
Meninggalkan
sesuatu yang tidak berfaedah misalnya sesuatu yang memang bukan urusan kita
atau sesuatu yang terang salah dan batil, maka tidak berguna kita membela atau
menolongnya. Demikian pula sesuatu yang bila kita campuri, maka bukan makin
baik dan mungkin mencelakakan diri kita sendiri. Semua itu baiklah kita tinggalkan,
kalau kita ingin jadi orang Islam yang baik.
68. Kesembilan: Dari Umar r.a. dari
Nabi s.a.w., sabdanya: "Janganlah seseorang lelaki itu ditanya apa
sebabnya ia memukul isterinya - sebab mungkin
ia akan malu jikalau sebab pemukulannya diketahui
oleh orang lain."
Diriwayatkan oleh
Imam Abu Dawud dan lain-lainnya.
- Sabdanya Nabi s.a.w. An-naaqatut 'usyara, dengan dhammahnya 'ain dan fathahnya syin serta dengan mad (yakni dibaca panjang dengan diberi hamzah di belakang alif), artinya: bunting. Sabdanya Antaja dalam riwayat lain berbunyi Fanataja, artinya: Menguasai di waktu keluarnya anak unta. Natij bagi unta adalah sama halnya dengan Qabilah bagi wanita. Jadi natij, artinya penolong unta betina waktu beranak, sedang qabilah, artinya penolong wanita waktu melahirkan atau biasa dinamakan bidan.
Sabda
Wallada haadzaa dengan disyaddahkan lamnya, artinya: Menguasai waktu
melahirkannya ini, Jadi sama halnya dengan Antaja untuk unta. Oleh sebab
itu kata-kata Muwallid, Natij dan Qabilah adalah sama maknanya,
tetapi muwallid dan natij adalah untuk binatang, sedang qabilah adalah untuk
selain binatang.
Adapun sabda beliau s.a.w.: Inqatha-'at biyal hibaalu, yaitu dengan
ha' muhmalah (tanpa bertitik) dan ba' muwahhadah (bertitik sebuah), artinya:
beberapa sebab. Jadi
jelasnya: Sudan terputus semua sebab (untuk dapat memperoleh bekal guna
melanjutkan perjalananku).
- Sama halnya dengan yang biasa diucapkan oleh orang banyak: "Laisa 'alaatbuulil hayaati nadamun," artinya: Tidaklah selain timbul penyesalan dalam sepanjang kehidupan ini, maksudnya ialah oleh sebab sangat panjangnya masa hidupnya itu.
No comments:
Post a Comment